![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/40/Dayang_Nurfaizah_performs_on_MeleTOP.jpg/640px-Dayang_Nurfaizah_performs_on_MeleTOP.jpg&w=640&q=50)
Senarai anugerah dan pencalonan yang diterima oleh Dayang Nurfaizah
From Wikipedia, the free encyclopedia
Dayang Nurfaizah ialah penyanyi wanita Malaysia yang telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan atas sumbangannya dalam industri muzik. Beliau meraih kejayaan selepas memenangi pertandingan pencarian bakat Bintang Remaja Sarawak pada 1996 dan Golden Teen Search pada 1997. Beliau menandatangani kontrak rakaman bersama Broadway Entertainment dan melancarkan album studio pertamanya yang mengambil namanya sebagai tajuk album pada 1999.[1][2] Pada masa yang sama, beliau telah dicalonkan bagi kategori Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-7, namun tewas kepada Shawn Baharin. Album beliau yang berikutnya, Seandainya Masih Ada Cinta[3][4][5] melayakkan beliau memenangi Lagu Pop Terbaik dan menerima dua pencalonan di Anugerah Industri Muzik ke-9 dan kategori balada di Anugerah Juara Lagu ke-16 serta Lagu Paling Popular di Anugerah Planet Muzik 2002 menerusi lagu bertajuk sama.
![]() | ||
Anugerah | Menang | Nominasi |
---|---|---|
1 | 5 | |
1 | 7 | |
5 | 18 | |
8 | 3 | |
1 | 1 | |
4 | 8 | |
0 | 3 | |
Jumlah | ||
Anugerah dimenangi | 20 | |
Pencalonan | 45 |
Lagu beliau, "Erti Hidup" (2004), hasil nukilan Afdlin Shauki, telah melayakkan Dayang memenangi kategori Etnik Kreatif di Anugerah Juara Lagu ke-19. Album ketujuh beliau, Sayang & Cahaya (2011) mempertaruhkan single seperti "Sayang" dan "Ku Temu Cahaya". Lagu "Sayang" menyaksikan Dayang berduet bersama penyanyi Indonesia, Marcell. Lagu tersebut dicalonkan di Anugerah Planet Muzik 2011 untuk kategori Duo/Kolaborasi Terbaik. Menerusi Anugerah Juara Lagu ke-29, Dayang memenangi kategori Vokal Terbaik dan Terbuka menerusi lagu "Di Pintu Syurga" ciptaan Tam Spider dan Rudy Imran Shamsudin, manakala di Anugerah Juara Lagu ke-31, beliau memenangi juara keseluruhan menerusi lagu "Lelaki Teragung".[6][7] Dayang muncul dengan lagu "Haram" menampilan duet bersama Hael Husaini, yang melayakkan mereka memenangi Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32.