Senarai kaunti di Hawaii
rencana senarai Wikimedia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Lima kaunti di Kepulauan Hawaii menikmati status yang agak besar berbanding kebanyakan kaunti di tanah besar Amerika Syarikat. Kaunti di Hawaii adalah satu-satunya badan pemerintah yang sah berada di bawah negeri. Tiada peringkat pemerintah rasmi (seperti pemerintah bandar) wujud di bawah peringkat kaunti di Hawaii.
Kaunti di Hawaii | |
---|---|
Lokasi | Negeri Hawaii |
Bilangan | 5 |
Jumlah penduduk | 82 (Kalawao) – 995,638 (Honolulu) |
Keluasan | 5.2 bt2 (13 km2) (Kalawao) – 4,028 bt2 (10,430 km2) (Hawaii) |
Kerajaan/pemerintah |
|
Subbahagian |
|
Tidak seperti 49 negeri yang lain, Hawaii tidak mewakilkan tanggungjawab pendidikan kepada lembaga-lembaga sekolah tempatan; pendidikan awam dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Hawaii.[1] Kaunti-kaunti di Hawaii mengutip cukai harta dan yuran pengguna bagi menyokong penyelenggaraan jalan raya, kegiatan kemasyarakatan, taman-taman (termasuklah pengawal keselamatan di taman pantai), kutipan sampah, polis (pasukan polis negeri, dipanggil Jabatan Keselamatan Awam Hawaii, dengan ruang lingkup terbatas), ambulans dan khidmat pemadaman kebakaran.[2]
Kesemua kaunti diwujudkan pada tahun 1905 dari wilayah yang tidak tersusun, tujuh tahun selepas wilayah Hawaii diwujudkan.[2][3] Kaunti Kalawao secara sejarahnya digunakan secara eksklusif sebagai perkampungan pesakit kusta, dan tidak mempunyai ramai pegawai yang dipilih seperti kaunti lain.[4] Banyak perkhidmatan untuk kaunti Kalawao disediakan oleh kaunti Maui. Contohnya, tapak web untuk pejabat kerani kaunti Maui berkata "Pejabat itu juga bertanggungjawab untuk pilihan raya di Kaunti Maui dan Kaunti Kalawao".[5]