Senario (kumpulan muzik)
Kumpulan pelawak Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Senario ialah sebuah kumpulan pelawak, pelakon, penyanyi dan penulis lirik dari Malaysia yang lahir daripada program realiti Sinaran Pasport Kegemilangan.
Senario | |
---|---|
Latar belakang | |
Juga dikenali sebagai | SenarioUnion (2016-kini) |
Berasal dari | Kuala Lumpur, Malaysia |
Genre | Lawak, Pop, Irama Malaysia, Blues |
Pekerjaan | Pelawak, pelakon, penyanyi, penulis lirik |
Penampilan sulung | melalui karya sitkom Senario (1996-2012) & album muzik Senario (1997) |
Tahun aktif | 1996–kini |
Syarikat pengurusan | Ambang Klasik (1996-2001) Tiga Event Sdn Bhd (2001-2003) Media Prima (2004-2013) Senario Empire (2021-kini) |
Syarikat rakaman | Ambang Klasik (1996-2002) Sistem Televisyen Malaysia Berhad (2005) Primeworks Studios (2008) |
Pengkarya berkait | Kumpulan Aku Kaya, Kumpulan Serba Salah |
Laman sesawang | http://www.instagram.com/senariounion |
Ahli |
|
Bekas ahli |
|
Kumpulan ini bersilih ganti keahlian sejak ditubuhkan pada 1996. Ahli asal seramai tujuh orang, iaitu Wahid Mohd, Lan Pet Pet, Azlee Jaafar, Shamsul Ghau Ghau, Farouk Hussain, Ilya Buang dan Hamdan Ramli, seterusnya diikuti oleh Saiful Apek dan Yassin Yahya menjadikan jumlah ahli seramai sembilan orang.[1]
Sketsa-sketsa yang dinukilkan serta dipersembahkan para anggota kumpulan ini dilihat penting sebagai penunjuk cerminan masyarakat kelas pertengahan yang menikmati karya-karya mereka melalui tema yang disampaikan kaku mengena citarasa kelas tersebut.[2] Karya komedi mereka turut ada dipengaruhi penerbitan lawak yang masyhur ketika itu, seperti Gila-Gila.[2]