Shawn Pyfrom
From Wikipedia, the free encyclopedia
Shawn Caminiti Pyfrom (dilahirkan pada 16 Ogos 1986) merupakan pelakon drama televisyen dan filem Amerika Syarikat. Beliau dilahirkan di Tampa, Florida, dan mempunyai darah Itali. "Caminiti", merupakan nama tengahnya yang juga diambil bersemperna nama tengah ibunya.[1][2] Pyfrom mempunyai seorang abang, Christopher dan adik perempuan, Amber.
Shawn Pyfrom | |
---|---|
Kelahiran | Shawn Caminiti Pyfrom (1986-08-16) 16 Ogos 1986 (umur 37) Tampa, Florida, Amerika Syarikat |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi |
Tahun aktif | 1995–kini |
Beliau dikenali sebagai Andrew Van De Kamp, anak kepada pasangan Bree (Marcia Cross) dan Rex Van De Kamp (Steven Culp) menerusi drama terbitan ABC, Desperate Housewives. Beliau menjadi pelakon undangan untuk musim pertama (2004-2005) dan memegang watak pembantu pada musim kedua dan ketiga. Shawn terlibat dalam filem keluaran Walt Disney The The Shaggy Dog disamping Tim Allen dan Kristin Davis, selain The Darkroom bersama pelakon Erin Foster.