![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/bf/Jean_Paul_Laurens_Le_Pape_Formose_et_Etienne_VI_1870.jpg/640px-Jean_Paul_Laurens_Le_Pape_Formose_et_Etienne_VI_1870.jpg&w=640&q=50)
Sinod Mayat
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sinod Mayat (Latin: Synodus Horrendacode: la is deprecated ) merupakan kejadian pembicaraan dilakukan terhadap mayat Paus Formosus di Basilika Santo Ioannes pada January 897, tujuh bulan selepas kematian Formosus.[1] Pembicaraan ini dilakukan Paus Stephanus VI yang menjawat kerusi Paus Gereja Katolik dua tempoh selepas Formosus; Paus sebelumnya, Bonifacius VI hanya sempat memerintah tidak lama kurang sebulan sebelum diturunkan.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/bf/Jean_Paul_Laurens_Le_Pape_Formose_et_Etienne_VI_1870.jpg/640px-Jean_Paul_Laurens_Le_Pape_Formose_et_Etienne_VI_1870.jpg)
Pembicaraan ini dilakukan secara terbuka dan menunjuk dalam kalangan paderi kardinal di mana Stephanus menuduh mendiang Formosus kononnya mengambil sumpah bohong lalu menaiki Takhta Suci secara tidak sah; sedangkan pembicaraan ini diketahui berlaku bermotif politik.