Slobodan Milošević
From Wikipedia, the free encyclopedia
Slobodan Milošević [slo-bo-dan mi-lo-syé-vic] (Cyril Serbia: Слободан Милошевићcode: sr is deprecated ; 20 Ogos 1941 – 11 Mac 2006) ialah seorang ahli politik dari Yugoslavia. Beliau berkhidmat sebagai Presiden Republik Serbia dari 1989 sehingga 1997 serta Presiden Republik Persekutuan Yugoslavia dari 1997 sehingga 2000.
Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Pada 1999, Milošević dibicarakan Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia atas dakwaan pelakuan jenayah berkaitan Perang-Perang Bosnia, Cratia dan Kosovo.[1] Milošević meletakkan jawatan hasil dakwaan tersebut serta protes rakyat Yugoslavia berikutan keputusan pilihan raya presiden yang penuh kontroversi pada 24 September 2000; malah dia ditahan atas pihak berkuasa sana atas dakwaan rasuah, penyalahgunaan kuasa serta penyelewengan wang setahun kemudian.[2][3] Siasatan pertama yang dilakukan terbantutu kerana ketiadaan bukti kukuh, lalu menyebabkan Zoran Đinđić mengarahkan ekstradisinya serta pembicaraan atas kesalahan jenayah perang.[4] Slobodan meninggal dunia dalam tahanan di Den Haag.