Sluha Narodu
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sluha Narodu (Bahasa Ukraine: Слуга народу, Rusia: Слуга народа, rumi: Sluga Narodacode: ru is deprecated - "Hamba Rakyat" atau "Khadam Rakyat", tajuk antarabangsa dalam bahasa Inggeris: Servant of the Peoplecode: en is deprecated ) ialah sebuah siri televisyen satira politik dari Ukraine tahun 2015. Kisah ini mengisahkan seorang guru sejarah (lakonan Volodymyr Zelensky) yang banyak mendapat perhatian kerana keluhannya terhadap keadaan rasuah di Ukraine yang terakam lalu menular di serata Internet sehingga menawan para pengundi di negara itu memnagkan beliau sebagai Presiden Ukraine.[1][2][3]
Sluha Narodu | |
---|---|
Fail:Servant of the People TV.jpg | |
Genre | Satira politik komedi |
Pencipta | Volodymyr Zelensky |
Dibintangi oleh |
|
Penggubah lagu tema | Dmytro Shurov |
Penggubah |
|
Negara asal | Ukraine |
Bahasa | bahasa Rusia |
Bilangan musim | 3 |
Bilangan episod | 51 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | |
Penerbit |
|
Lokasi | Kyiv, Ukraine |
Tempoh siaran | 40—90 minit |
Syarikat penerbitan | |
Syarikat pengedaran |
|
Penyiaran | |
Saluran asal | 1+1 |
Format gambar | 1080i (16:9 HDTV) |
Siaran asal | 16 November 2015 (2015-11-16) – 28 Mac 2019 (2019-03-28) |
Pautan luar | |
[1plus1.ua Laman sesawang] |
Kemasyhuran siri ini semakin membuak sehingga para kru produksinya sendiri digesa terlibat dalam politik negara Ukraine - sebuah parti politik didasarkan siri ini didaftarkan oleh Kementerian keadilan Ukraine pada 31 Mac 2018,[4] Volodymyr Zelensky yang memainkan pelakon utama turut memenangi undi sebagai Presiden Ukraine dalam pilihan raya presiden negara tersebut yang berlangsung bulan April 2019.