Snow White and the Seven Dwarfs (filem 1937)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Snow White and the Seven Dwarfs (Puteri Salji dan Tujuh Orang Kerdil) ialah sebuah filem animasi Amerika Syarikat 1938 yang diterbtikan oleh Walt Disney dan dikeluarkan oleh RKO Radio Pictures. Berdasarkan cerita dongeng Jerman oleh Brothers Grimm, filem ini ialah filem cetera animasi sel panjang penuh pertama diterbitkan di Amerika Syarikat, yang pertama diterbitkan dalam warna penuh, yang pertama untuk diterbtikan oleh Walt Disney Productions, dan yang pertama dalam siri Filem Klasik Animasi Walt Disney.[3] Cerita ini diadaptasi oleh artis papan cerita Dorothy Ann Blank, Richard Creedon, Merrill De Maris, Otto Englander, Earl Hurd, Dick Rickard, Ted Sears dan Webb Smith. David Hand ialah pengarah menyelia, sementara William Cottrell, Wilfred Jackson, Larry Morey, Perce Pearce, dan Ben Sharpsteen mengarah susunan individu filem ini.
Snow White and the Seven Dwarfs | |
---|---|
Fail:Snow White 1938 poster.jpg | |
Pengarah | David Hand (penyelia) William Cottrell Wilfred Jackson Larry Morey Perce Pearce Ben Sharpsteen |
Penulis | Ted Sears Richard Creedon Otto Englander Dick Rickard Earl Hurd Merrill De Maris Dorothy Ann Blank Webb Smith |
Berdasarkan | Snow White oleh The Brothers Grimm |
Dihasilkan oleh | Walt Disney |
Dibintangi | Adriana Caselotti Lucille La Verne Harry Stockwell Pinto Colvig Roy Atwell Otis Harlan Moroni Olsen Billy Gilbert Stuart Buchanan Eddie Collins |
Muzik oleh | Frank Churchill Paul Smith Leigh Harline |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Metro Goldwyn Mayer |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 83 minit |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Inggeris |
Bajet | $1,488,423[1] |
Pecah panggung | $416 juta[2] |
Snow White and the Seven Dwarfs ditayang perdana di Carthay Circle Theatre pada 21 Disember 1938, diikuti oleh keluaran seluruh negara pada 4 Februari 1939. Pulangan kasarnya adalah sebanyak $8 juta dalam resit antarabangsa pada pengeluaran pembukaannya. Filem ini ditambah ke dalam Pejabat Pendaftaran Filem Kebangsaan Amerika Syarikat sebagai "bermakna dari segi budaya, sejarah atau estetik" pada 1990. Filem ini antara dua buah filem animasi Disney yang mendapat pangkat dalam senarai 100 buah filem Amerika Syarikat terbaik sepanjang masa Institut Filem Amerika Syarikat pada 1998 (yang lagi satu ialah Fantasia), pada pangkat bilangan 49. Filem ini mencapai bilangan 34 dalam semakan semula 2008 senarai, kali ini merupakan filem animasi tradisional dalam senarai itu. AFI menamakan filem ini sebagai filem animasi Amerika Syarikat terbaik sepanjang masa pada 2009.