![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/6/65/Kain_limar_songket_bertabur_%2528hip_wrapper%2529%252C_Malaysian_people%252C_Malaya%252C_Terengganu%252C_mid_19th_century_AD%252C_silk%252C_metal-wrapped_silk%252C_view_2_-_Textile_Museum%252C_George_Washington_University_-_DSC09788.JPG/640px-thumbnail.jpg&w=640&q=50)
Songket
kain tenunan Melayu yang ditenun dengan emas atau perak berasal daripada Semenanjung Tanah Melayu / From Wikipedia, the free encyclopedia
Songket atau sungkit (Jawi: سوڠكيتcode: ms is deprecated ) merupakan sejenis kain tenunan Nusantara yang berasal daripada Semenanjung Tanah Melayu. Ia dihasilkan dengan mesin tradisional yang menghasilkan lakaran rumit menggunakan benang emas atau perak. Ia kain lazim yang dibusanakan dalam adat-adat perkahwinan bagi seluruh etnik Melayu.
![]() Songket khas Terengganu Kain Limar Songket Bertabur dari abad ke-19, tersimpan di Muzium Tekstil, Universiti George Washington | |
Bahan | sutera, kapas, emas, perak |
---|---|
Tempat asal | Terengganu, Malaysia [1][2] |
Songket | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Domain | Penenun tradisional |
Rujukan | 01505 |
Kawasan | Asia Pasifik |
Sejarah inskripsi | |
Inskripsi | 2021 (sesi ke-16) |
Senarai | Representative List |
![]() |
Songket ialah kain tenun mewah yang biasanya dikenakan ketika kenduri, perayaan atau pesta; pada zaman dahulu songket dipakai khusus hanya bagi golongan bangsawan - keluarga kerabat diraja dan orang besar negeri. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif lakaran songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar.
Songket mempunyai nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan agung. Selain mengangkat martabat si pemakai, motif dan warna tenunan songket melambangkan kedudukan seseorang.
Songket buatan tempatan di Malaysia telah menerima pengiktirafan antarabangsa oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang menyenaraikannya dalam kategori warisan kebudayaan tidak ketara pada tarikh 17 Disember 2021.[3]