From Wikipedia, the free encyclopedia
Spandeks (Jawi: سڤنديكس) (spandex, di Amerika Utara), Lycra (Jawi: ليكرا) atau elastana (Jawi: ايلاستان) (elastane, di benua Eropah) ialah suatu gentian sintetik yang diketahui atas ciri keanjalannya yang luar biasa. Ia lebih kuat dan lebih tahan lama daripada getah asli. Kopolimer polieter-poliurea ini ditemui oleh Joseph Shivers, seorang ahli kimia yang bekerja di Makmal Benger syarikat DuPont, Waynesboro, Virginia pada tahun 1958.[1][2][3][4][5] Pengenalannya pada tahun 1962 membawa perubahan yang ketara kepada industri pembuatan pakaian.
Istilah "spandeks" merupakan kata pinjaman Bahasa Inggeris iaitu spandex yang merupakan suatu susunan semula daripada perkataan expands ("mengembang").[6]
Gentian spandeks dihasilkan dalam empat cara yang berbeza: mencairkan penghasilan, pemintalan bertindak balas, pemintalan kering berlarutan dan pemintalan basah berlarutan. Semua kaedah ini termasuk langkah awal monomer bertindak balas untuk menghasilkan prapolimer. Prapolimer yang terbentuk ini bertindak balas lagi dalam pelbagai cara dan ditarik keluar untuk membuat gentian baru.
Pemintalan kering berlarutan menghasilkan lebih 94.5% gentian spandeks di dunia.[7] Proses ini mempunyai lima langkah:
Spandeks digunakan secara meluas dalam pelbagai jenis pakaian kerana keanjalan dan kekuatannya, serta kebolehannyha mengering dalam waktu yang lebih singkat daripada jenis-jenis kain lainnya. Antara pakaian yang menggunakan tekstil ini termasuklah sarung tangan, pakaian sukan seperti jersi, pakaian dalam, tali coli serta pendakap gigi.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.