From Wikipedia, the free encyclopedia
Stadio Olimpico del Ghiaccio ( bahasa Inggeris: Olympic Ice Stadium ) merupakan sebuah stadium yang dibina antara 1952 hingga 1954 sebagai arena luncur ais berbunga terbuka di Cortina d'Ampezzo, Itali. Stadium tersebut mempunyai kapasiti tempat duduk antara 7 hingga 8 ribu penonton, dan peluasan sementara boleh dibuat agar stadium ini dapat menampung 12 hingga 15 ribu penonton semasa Sukan Olimpik. Stadium ini telah dirasmikan pada 26 Oktober 1955. Semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk 1956, arena ini telah mengadakan upacara pembukaan dan penutupan, acara luncur ais berbunga dan beberapa perlawanan hoki ais.[1] Beberapa tahun selepas 1981, sebuah bumbung telah dibina pada stadium ini. Stadium ini akan menganjurkan acara curling dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026 dan curling kerusi roda dalam Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2026 .
Lokasi | Cortina d'Ampezzo, Itali |
---|---|
Pembinaan | |
Dibina | 1952–1954 |
Dibuka | 26 Oktober 1955 |
Tuan rumah | |
Piemont Rebelles (IHLW) |
Stadium ini juga ditampilkan dalam filem James Bond 1981 For Your Eyes Only, di mana Bond (dimain oleh Roger Moore) bertemu dengan penjahat filem itu, Aris Kristatos(Julian Glover). Dalam adegan tersebut, Kristatos cuba menipu Bond untuk mengejar dan membunuh saingannya Milos Columbo (Topol).[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.