Stan Lee
From Wikipedia, the free encyclopedia
Stan Lee (lahir sebagai Stanley Martin Lieber, 28 Disember 1922 – 12 November 2018)[1][2] ialah seorang penulis dan penyunting buku komik berbangsa Amerika Syarikat dan bekas presiden dan pengerusi syarikat Marvel Comics.
Stan Lee | |
---|---|
Kelahiran | Stanley Martin Lieber (1922-12-28)28 Disember 1922 Bandar Raya New York, New York, Amerika Syarikat |
Meninggal dunia | 12 November 2018(2018-11-12) (umur 95) Los Angeles, California, Amerika Syarikat |
Kewarganegaraan | Amerika |
Karya terkenal | Spider-Man Fantastic Four X-Men Hulk Iron Man Thor Daredevil Doctor Strange |
Anugerah | Comics Hall of Fame |
Tandatangan | |
Bersama beberapa orang pelukis ternama, khususnya Jack Kirby dan Steve Ditko, beliau mencipta watak Spider-Man, Fantastic Four, X-Men, Iron Man, Hulk, Thor, Daredevil, Doctor Strange, dan banyak lagi watak-watak cereka, sambil memperkenalkan watak-watak yang rumit dan naturalistik[3] ke dalam karya-karya komik bergenre adiwira.[4] Selain itu, beliau pernah mengetuai cabaran terulung yang berjaya melawan pertubuhan penapisan komik yang amat tegas, iaitu Comics Code Authority, sekaligus memaksa pertubuhan tersebut memperbaharui dasar-dasarnya.[perlu rujukan] Selepas itu, Lee menerajui peluasan Marvel Comics dari sebahagian kecil syarikat penerbitan lain, menjadi sebuah korporasi multimedia gergasi.