Stari Most
From Wikipedia, the free encyclopedia
Stari Most (bahasa Melayu: Jambatan Lama) adalah sebuah jambatan Uthmaniyyah kurun ke-16 yang terletak di bandar Mostar di Bosnia dan Herzegovina. Ia merentangi sungai Neretva dan dua bahagian bandar ini. Stari Most digunakan selama 427 tahun sebelum dimusnahkan pada 9 November 1993 oleh tentera Croat semasa Perang Bosnia-Croatia. Satu projek untuk pembinaan semula telah dilakukan dan jambatan ini dibuka semula pada 23 Julai 2004.
Fakta Segera Koordinat, Membawa ...
Stari Most | |
---|---|
Koordinat | 43°20′14″N 17°48′54″E |
Membawa | Jejantas |
Menyeberangi | Neretva |
Lokasi | Mostar, Bosnia dan Herzegovina |
Nama rasmi | Stari most |
Ciri-ciri | |
Reka bentuk | Gerbang |
Panjang keseluruhan | 29 meter |
Lebar | 4 meter |
Kelegaan bawah | 20 meter pada rentangan di tengah-tengah |
Sejarah | |
Dibuka | 1566/1567/2004 |
Nama rasmi | Kawasan Jambatan Lama di Bandar Lama Mostar |
Jenis | Budaya |
Kriteria | vi |
Ditetapkan | 2005 (sesi ke-29) |
No. rujukan | 946 |
Parti Negara | Bosnia dan Herzegovina |
Wilayah | Eropah dan Amerika Utara |
Lokasi | |
sunting · sunting di Wikidata |
Tutup
Stari Most merupakan salah satu mercu tanda Bosnia yang paling terkenal, dan dianggap sebagai contoh senibina Islam Balkan. Ia direka oleh Mimar Hayruddin, seorang murid dan perantis kepada arkitek terkenal Mimar Sinan.[1][2][3][4]