Steamboat Willie
From Wikipedia, the free encyclopedia
Steamboat Willie ialah sebuah filem pendek animasi yang keluar pada 18 November 1928, sebagai kartun Mickey Mouse ketiga, selepas Plane Crazy (keluar enam bulan dahulu) dan The Gallopin' Gaucho (dihasilkan dahulu, tetapi keluar selepasnya). Inilah kartun Disney pertama yang diisi bunyi segerak (synchronized soundcode: en is deprecated ).[1] Disney menggunakan sistem Cinephone rekaan Pat Powers yang menggunakan sistem Phonofilm Lee De Forest tanpa memberikan apa-apa penghargaan kepada De Forest. Tayangan perdana Steamboat Willie diadakan di 79th Street Theatre, New York[2] dan mengatasi sambutan filem cetera Gang War [en].
Steamboat Willie | |
---|---|
Pengarah | Walt Disney Ub Iwerks |
Cerita oleh | Walt Disney Ub Iwerks |
Dihasilkan oleh | Walt Disney Roy O. Disney (rakan-rakan) |
Dibintangi | Walt Disney |
Muzik oleh | Wilfred Jackson Bert Lewis |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Columbia Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 7:47 |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Inggeris |
Kartun ini diarah oleh Walt Disney.[3] Judulnya mengajuk filem Buster Keaton iaitu Steamboat Bill Jr. Muzik dalam Steamboat Willie digubah oleh Wilfred Jackson, yang dikatakan salah seorang juruanimasi Disney, dan terkandung melodi-melodi terkenal termasuk "Steamboat Bill" dan "Turkey in the Straw [en]".
Filem tersebut menerima sanjungan kritis yang meluas dan bukan sahaja kerana memperkenalkan salah satu watak kartun paling popular di dunia tetapi juga kerana reka baru tekniknya. Para juruanimasi mengundi Steamboat Willie sebagai kartun ke-13 terbaik sepanjang masa dalam buku 1994 The 50 Greatest Cartoons (50 Kartun Terbaik), dan pada tahun 1998, filem tersebut terpilih oleh Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat untuk dipelihara dalam Pejabat Pendaftaran Filem Kebangsaan.[4] Sebagai karya yang diterbitkan pada tahun 1928, kartun ini memasuki domain awam di Amerika Syarikat pada 1 Januari 2024, dan tersedia dalam talian.[5]