Suhaimi Saad
penyanyi nasyid Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Mohd Suhaimi Saad (12 Oktober 1980 – 15 November 2023) merupakan seorang bekas penyanyi nasyid Malaysia. Beliau merupakan bekas anggota kumpulan In-Team dari 2000 sehingga 2005. Pada tahun 2005, beliau meninggalkan In-Team untuk kembali bernaung di bawah label Hijjaz Records dan sejak itu, bliau telah bergerak di bawah pengurusan sendiri iaitu Karya Mosus. Pada tahun 2021, beliau mengumumkan perletakan jawatan sebagai penyanyi nasyid dan tidak mahu dikenali dengan gelaran ustaz serta merta.[1]
Rencana ini mempunyai beberapa isu. Sila bantu memperbaikinya atau bincangkan isu-isu tersebut di dalam laman perbincangan rencana ini.
|
Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Suhaimi Saad | |
---|---|
Kelahiran | Mohd Suhaimi bin Saad (1980-10-12)12 Oktober 1980 |
Meninggal dunia | 15 November 2023(2023-11-15) (umur 43) |
Sebab kematian | Jangkitan kuman pada paru-paru |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Kampung FELCRA Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor |
Nama lain |
|
Pendidikan | Jurusan Bahasa Arab |
Pusat pendidikan | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) |
Pekerjaan | Penyanyi, komposer, penulis lirik |
Tahun aktif | 2000–2021 |
Pasangan | Nordiana Mohd Naim (k. 2007–2023) |
Anak-anak | Ehmad Hadie Elfardie Sallman Elkhoyri Phyrosh Elfadwah Nur Layla Elghufrony |
Kerjaya muzik | |
Genre | Nasyid |
Syarikat rakaman | Hijjaz Records Karya Mosus |
Pengkarya berkait | Inteam |
Laman web rasmi | https://instagram.com/mosusofficial |
Tutup