Sukan Komanwel 2006
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sukan Komanwel 2006, secara rasminya Sukan Komanwel XVIII, telah diadakan di Melbourne, Victoria, Australia di antara 15 dan 26 Mac 2006. Ia merupakan acara sukan terbesar pernah diadakan di Melbourne, mengatasi Sukan Olimpik Melbourne 1956 dalam aspek jumlah penyertaan pasukan, atlet bersaing, dan acara yang dipertandingkan.
Rencana ini menggunakan URL terdedah untuk petikan, yang mungkin diancam oleh pautan rosak. (November 2018) |
Fakta Segera Bandar tuan rumah, Cogan kata ...
Fail:2006 Commonwealth Games Logo.svg | |
Bandar tuan rumah | Melbourne, Victoria, Australia |
---|---|
Cogan kata | United by the moment |
Penyertaan negara | 71[1] |
Penyertaan atlet | Lebih kurang 4,500 |
Acara | 247 dalam 16 sukan |
Upacara pembukaan | 15 Mac 2006 |
Upacara penutupan | 26 Mac 2006 |
Pembukaan dirasmikan oleh | HM Ratu Elizabeth II |
Penutupan dirasmikan oleh | HRH Earl Wessex |
Pembaca ikrar atlet | Adam Pine |
Queen's Baton Final Runner | John Landy |
Stadium utama | Melbourne Cricket Ground |
Tutup
Tapak untuk upacara pembukaan dan penutupan adalah di Melbourne Cricket Ground yang turut digunakan semasa Sukan Olimpik Melbourne 1956. Maskot untuk temasya ini ialah Karak,[2] sejenis Kakaktua Hitam Ekor Merah (satu spesies terancam).
Untuk kali pertama, Sukan Komanwel Melbourne 2006 melantik Rakan Muhibah, Plan International Australia.[3]