Sukan Paralimpik Musim Panas 1964
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sukan Paralimpik Musim Panas 1964 (Bahasa Inggeris: 1964 Summer Paralympics; Bahasa Jepun: 1964年夏季パラリンピック; Hepburn: 1964-Nen Kaki Pararinpikku) merupakan satu acara pelbagai sukan antarabangsa bagi atlet kurang upaya yang telah diadakan di Tokyo, Jepun dari 8 hingga 12 November 1964.[1] Temasya ini merupakan Sukan Paralimpik yang kedua, dan juga edisi terakhir yang dianjurkan di bandar tuan rumah yang sama dengan Sukan Olimpik sebelum Sukan Paralimpik 1988. Tokyo akan menganjurkan semula Sukan Paralimpik pada tahun 2020 dan menjadi bandaraya pertama yang melakukan demikian.
Bandar tuan rumah | Tokyo, Jepun |
---|---|
Penyertaan negara | 21 |
Penyertaan atlet | 375 |
Acara | 144 dalam 9 sukan |
Upacara pembukaan | 8 November 1964 |
Upacara penutupan | 12 November 1964 |
Pembukaan dirasmikan oleh | Putera Makhota Akihito |
Stadium utama | Padang Oda |
Walaupun secara rasminya temasya ini merupakan sebahagian daripada Sukan Stoke Mandeville Antarabangsa, namun temasya ini merupakan edisi pertama yang menggunakan istilah "Sukan Paralimpik" untuk merujuk kepada acara sukan ini.[2] Selain itu, acara lumba kerusi roda juga pertama kali diperkenalkan dalam program olahraga Sukan Paralimpik, angkat berat turut dimasukkan ke program acara Sukan Paralimpik buat kali yang pertama.[1]