From Wikipedia, the free encyclopedia
Swan adalah burung dari keluarga Anatidae dalam genus Cygnus.[1] Ia sekeluarga dekat dengan angsa dan itik, malah dikumpulkan dengan angsa dalam cabang Anserinae membentuk suku Cygnini. Kadang-kadang, ia dianggap cabang yang berbeza iaitu Cygninae. Terdapat enam atau tujuh spesies haiwan ini (termasuk yang pupus) dalam genus Cygnus.
Kata Inggeris swan yang serumpun dengan Belanda: zwaan turunan akar Proto-Indo-Eropah *swenhₓ sewarisan Sanskrit: स्वन svaná "bunyi"[2] dari bunyi desiran kepak terbangnya.[3]
Haiwan ini biasanya ditemui dalam persekitaran yang beriklim sederhana. Sebanyak empat (atau lima) spesies ditemui di Hemisfera Utara, satu spesies ditemui di Australia, satu spesies pupus telah ditemui di New Zealand dan Kepulauan Chatham, dan satu spesies di selatan Amerika Selatan.
Swan makan di air dan di atas darat. Ia merupakan haiwan herbivor yang terutamanya memakan akar, umbi, batang dan daun tumbuhan akuatik dan tenggelam[4] namun adakalanya juga boleh makan haiwan akuatik.
Swan hanya mencapai kematangan seksual antara umur 4 hingga 7 tahun. Kawanannya sering membentuk pasangan tunggal yang setia dari seawal 20 bulan lalu boleh bertahan selama bertahun-tahun, [5] malah adakalanya boleh kekal sepanjang hayat haiwan tersebut.[6]
Haiawan ini bersarang di daratan berhampiran dengan air dengan jarak kira-kira 1 meter diukur merentasinya. Jantan haiwan ini membantu pasangan betinanya membina sarang bersama-sama, malah juga membantu secara bergilir-gilir mengeram telur tidak seperti banyak spesies itik dan angsa yang lain.[7]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.