From Wikipedia, the free encyclopedia
Syngman Rhee (Korea: 리승만 , disebut: [i.sɯŋ.man]; 18 April 1875 – 19 Julai 1965) ialah seorang negarawan Korea Selatan, satu-satunya Ketua Kerajaan Sementara Republik Korea serta Presiden negara tersebut yang pertama dari 1948 hingga 1960. Jawatannya sebagai Presiden Korea Selatan selama tiga penggal (Ogos 1948 hingga April 1960) begitu dipengaruhi oleh ketegangan yang berlaku di Semenanjung Korea akibat Perang Dingin.
Syngman Rhee | |
---|---|
리승만 | |
Presiden Korea Selatan Pertama | |
Naib Presiden | Yi Si-yeong Kim Seong-su Ham Tae-young Chang Myon Yun Posun |
Didahului oleh | Dirinya sendiri sebagai Pengerusi Majlis Negara Kerajaan Sementara Republik Korea |
Digantikan oleh | Yun Posun |
Presiden Kerajaan Sementara Republik Korea | |
Perdana Menteri | Yi Donghwi Yi Dongnyeong Sin Gyu-sik No Baek-rin Park Eunsik |
Didahului oleh | Jawatan dibentuk |
Digantikan oleh | Park Eunsik |
Pengerusi Majlis Negara Kerajaan Sementara Republik Korea | |
Timbalan | Kim Koo |
Didahului oleh | Kim Koo |
Digantikan oleh | Dirinya sendiri sebagai Presiden Korea Selatan |
Butiran peribadi | |
Lahir | Rhee Syngman 18 April 1875 Neungnae-dong, Daegyeong-ri, Masan-myeon, Daerah Pyeongsan, Provinsi Hwanghae, Joseon (kini Korea Utara) |
Meninggal dunia | 19 Julai 1965 Honolulu, Hawaii, Amerika Syarikat | (usia 90)
Tempat persemadian | Tanah Perkuburan Negara Seoul |
Kerakyatan | Joseon (1875-1910) Jajahan Jepun Korea (1910-1945) Korea Selatan (1945-1965), Amerika Syarikat, Austria |
Parti politik | Parti Liberal |
Pasangan | Seungseon Park (1890~1910) Francesca Donner (1934~1965)[1] |
Anak-anak | Rhee Bong-su, 이봉수 (1898 - 1908) Rhee In-soo / Yi In-su, 이인수 (lahir 1 September 1931, anak angkat) |
Alma mater | Universiti George Washington (B.A.) Harvard University (M.A.) Universiti Princeton (Ph.D.) |
Tandatangan |
Rhee dianggap berfahaman anti-Komunis dan kapitalis yang kuat, dan beliau mengetuai Korea Selatan sewaktu berlangsungnya Perang Korea. Presiden berakhir dalam pengunduran diri berikutan tunjuk perasaan besar-besaran mengenai suatu pilihanraya yang begitu dipertikaikan. Beliau meninggal dalam pengasingan di Honolulu, Hawaii.
Rhee dilahirkan pada bulan April 1875 di Provinsi Hwanghae, namun terdapat pertikaian mengenai hari lahirnya sama ada ia berlaku pada 18[2] mahupun 26 April.[3] Keluarganya berpindah ke Seoul ketika beliau berusia 2 tahun, di mana beliau mengambil pengajian ilmu Konfusianisme lama di sekolah-sekolah persendirian (seokdang).[4] Beliau kemudiannya meneruskan persekolahannya di sebuah sekolah mubaligh Methodist[3][5] bernama Sekolah Pai Chai (배재학당; 培材學堂) dari 1894 hingga 1895[2] di mana beliau mempelajari bahasa Inggeris serta ilmu-ilmu moden.
Beliau menjadi ketua penulis bagi akhbar harian pertama Korea[6] iaitu Maeil Sinmun (매일신문; 每日新聞), serta Hyeopseong-hoe Hoebo (협성회 회보; 協成會會報;"Risalah Kelab Hyeopseong").[4]
Rhee menjadi antara pelopor gerakan kemerdekaan Korea melalui persatuan-persatuan tertentu seperti Kelab Hyeopseong dan Kelab Kemerdekaan (독립협회; 獨立協會) dengan merancang tunjuk perasaan menentang rasuah serta pengaruh penjajahan Empayar-Empayar Jepun dan Rusia.[6]
Pada 20 Julai 1948, Rhee memenangi[3][5][7] pilihan raya umum yang diadakan di negara itu dengan 92.3% undian mengalahkan Kim Gu yang mendapat 6.7% undian.[8] Pada 15 Ogos, Republik Korea ditubuhkan secara rasminya di Korea Selatan[7] dengan Rhee dilantik sebagai presiden pertamanya.[2][4]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.