From Wikipedia, the free encyclopedia
T-45 Goshawk adalah sebuah pesawat terbitan daripada pesawat latihan BAE Hawk. Ia dikeluarkan oleh McDonnell Douglas (kini Boeing) dan British Aerospace (kini BAE Systems). T-45 digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat sebagai sebuah pesawat latihan yang boleh beroperasi di atas kapal pengangkut pesawat.
T-45 Goshawk | |
---|---|
Peranan | Pesawat latihan tentera laut |
Pengeluars | McDonnell Douglas/British Aerospace Boeing/BAE Systems |
Penerbangan sulung | 16 April 1988 |
Diperkenalkan | 1991 |
Pengguna utama | Tentera Laut Amerika Syarikat |
Jumlah dibina | 221[1] |
Dibangunkan dari | BAE Hawk |
T-45 Goshawk bermula pada pertengahan tahun 1970an, di mana Tentera Laut Amerika Syarikat secara rasmi memulakan pencarian untuk sebuah pesawat latihan baharu untuk dijadikan sebagai pesawat gantian bagi kedua-dua pesawat latihan T-2 Buckeye dan A-4 Skyhawk yang sedang digunakan.[2] Pada tahun 1978, program pesawat latihan lanjut VTXTS untuk memenuhi keperluan ini secara rasminya dilancarkan oleh Tentera Laut A.S. Sebuah pasukan Anglo-Amerika yang terdiri daripada pengeluar pesawat Britain, British Aerospace (BAe) dan syarikat pesawat Amerika, McDonnell Douglas (MDC) telah memutuskan untuk menghantar cadangan bagi sebuah versi pesawat latihan Hawk yang memenuhi keperluan tentera laut. Para pengeluar lain juga telah menghantar bidaan mereka seperti pasukan pesaing dari syarikat pesawat Perancis, Dassault Aviation, pengeluar Jerman untuk Dornier dan syarikat aeroangkasa Amerika, Lockheed, yang mana telah menawarkan pesawat Alpha Jet.[2]
Persaingan VTX-TS tidak bermakna perolehan pesawat semata-mata; ia terdiri dari lima perkara teras: pesawat, penyelaku penerbangan, bantuan latihan akademik yang matang, sokongan logistik bersepadu, dan pengurusan program.[2] Dalam cadangan mereka, MDC merupakan kontraktor utama dan penyepadu sistem, BAe bertindak sebagai sub-kontraktor utama dan rakan unsur pesawat, Rolls-Royce menyediakan enjin Adour untuk digunakan pada pesawat, dan Sperry adalah subkontraktor utama untuk sistem penyelaku.[2] Pada bulan November 1981, Tentera Laut A.S. telah mengumumkan bahawa ia telah memilih pesawat Hawk sebagai pemenang dalam persaingan VTX-TS competition.[2] Dilaporkan kira-kira 60 peratus kerja dalam program T-45 akan dilakukan di luar negara iaitu di Britain. Pada September 1982, satu kontrak Pembangunan Kejuruteraan Berskala Penuh telah diserahkan kepada pasukan MDC untuk membangunkan dan mengeluarkan pesawat cadangan sepenuhnya, yang mana diberi designasi sebagai T-45 Goshawk.[2] Pada 16 April 1988, pesawat T-45A Goshawk pertama melakukan penerbangan sulung.[3]
Pembangunan berkaitan
Pesawat setanding
Senarai berkaitan
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.