Kolonel Thomas Edward Lawrence CB DSO (16 Ogos 1888 – 19 Mei 1935) merupakan seorang pakar arkeologi, pegawai tentera dan diplomat serta penulis British.

Fakta Segera Nama lahir, Nama lain ...
T. E. Lawrence
Thumb
Lawrence in 1918
Nama lahirThomas Edward Lawrence
Nama lainT. E. Shaw, John Hume Ross
Nama samaranLawrence of Arabia ("Lawrence si Arab")
Kelahiran(1888-08-16)16 Ogos 1888
Tremadog, Carnarvonshire, Wales
Meninggal dunia19 Mei 1935(1935-05-19) (umur 46)
Bovington Camp, Dorset, England
DisemadikanSt Nicholas, Moreton, Dorset
KesetiaanUnited Kingdom
Kerajaan Hijaz
PerkhidmatanTentera Darat British
Tentera Udara Diraja British
Tahun perkhidmatan1914–1918
1923–1935
PangkatColonel (British Army)
Aircraftman (RAF)
PertempuranPerang Dunia Pertama
  • Pemberontakan Arab
  • Serbuan Madinah
  • Pertempuran Aqaba
  • Pengepungan Damsyik
  • Battle of Megiddo
AnugerahCompanion of the Order of the Bath[1]
Distinguished Service Order[2]
Knight of the Legion of Honour (France)[3]
Croix de guerre (France)[4]
Tutup

Beliau terlibat dalam Pemberontakan Arab menentang Empayar Uthmaniyah dari 1916 hingga 1918 semasa Perang Dunia Pertama, terutamanya dalam pengepungan kota-kota utama di rantau Timur Tengah seperti Damsyik dengan kerjasama pihak Faisal al-Hasyimi serta sebagai sekutu utama Kerajaan Hijaz. Keterlibatan ini diabadikan dalam biografi penuh mengenai hal ini dikarang beliau iaitu Seven Pillars of Wisdom yang mendapat perhatian ramai serta memberi gelaran masyhur kemudian sebagai "Lawrence si Arab" (bahasa Inggeris: Lawrence of Arabia, Arab: لورنس العرب, rumi: Lawrence al-`Arab).

Pihak Perancis yang menjajah Syria mengkambinghitamkan beliau sebagai suatu musuh hakiki mereka kerana menggalakkan rasa kesumat warga Syria yang sudah bersedia melawan mereka sepanjang tahun 1920.[5][6]

Awal hayat

Thomas Edward Lawrence lahir pada 16 Ogos 1888 di sebuah rumah bernama Gorphwysfa (kini dikenali dengan nama Snowdon Lodge)[7][8][9] di kampung Tremadog, Carnarvonshire,[10] Wales. Beliau anak kedua dari lima adik-beradik hasil hubungan luar nikah Thomas Chapman, seorang tuan tanah keturunan Inggeris dengan Sarah Junner, seorang pengasuh anak-anak sah dengan isterinya Edith; Thomas dan Edith berpisah setelah hal ini berlaku.[11] Thomas dan Sarah tetap tidak berkahwin sebaliknya hidup seduduk dengan "nama keluarga" tidak rasmi "Lawrence". Hubungan yang melahirkan Thomas pun menjadikan kedudukan Thomas dalam masyarakat zamannya dipandang agak hina dan terasing.[12]

Keluarga Lawrence ini berpindah ke 2, Polstead Road di Oxford pada musim panas 1896,[13] di sinilah Thomas mendapat pendidikan di City of Oxford High School for Boys dari tahun itu hingga 1907.[14] Semasa tempoh persekolahan ini berusia 15 tahun, beliau mendapat minatnya menyelidik sejarah meneroka berbasikal dengan rakan sebayanya Cyril Beeson ke Berkshire, Buckinghamshire, and Oxfordshire melawat setiap bangunan bersejarah setempat,[15] mengamati tapak-tapak binaan di Oxford serta membawa barangan temuan mereka ke Muzium Ashmole yang menawan hati pihak muzium tersebut.[15] Pada musim-musim panas tahun 1906 dan 1907, mereka berdua adakala menjelajah ke Perancis melawat dan melakar istana-istana lama yang ada di pedalaman.[15] Pengalaman ini mematangkan minat Thomas dalam bidang sejarah yang menjadi jalan kerjayanya.

Kerjaya penyelidikan

Beliau mendalami bidang sejarah di Kolej Jesus, Oxford dari 1907 hingga 1910.[16] Beliau menulis tesisnya mengenai seni bina istana-istana pasca-Perang Salib sebahagiannya berdasarkan jelajah dan penerokaan dilakukannya sendiri berbasikal 2,200 batu sepanjang tanah Perancis pada musim panas 1908[17][18] dan jelajah tiga bulan di tanah Syam sebanyak 1,000 bt (1,600 km)[19] lalu menghubungkan maklumat relevan dari dua-dua penemuannya;[20][15] tesis ini berjaya mendapatkannya ijazah kelas pertama (First Class Honours).[21]

Pada tahun 1910, Lawrence ditawarkan peluang bekerja sebagai ahli arkeologi dalam suatu ekspedisi di kota purba Karkamış utara Syam diketuai David G. Hogarth bagi pihak Muzium British.[22] Beliau belayar ke Beirut pada Disember tahun sama, beliau turut ke Jibail untuk mempelajari bahasa Arab.[23] Beliau melakukan kerjaya arkeologinya di bawah pengawasan Hogarth, R. Campbell Thompson dan Leonard Woolley sehingga 1914;[24] pelatihan yang diberikan Hogarth amat mempengaruhi hala tuju sepanjang hayatnya.[25]

Kerjaya ketenteraan

Pada Januari 1914 mengambangnya konflik dunia yang dikhuatiri bakal berlaku, Leonard Woolley dan Thomas Lawrence diupah pihak tentera British[26] untuk melakukan pemetaan kawasan gurun Naqab yang strategik berpotensinya pertembungan antara pihak-pihak Mesir dan Uthmaniyah bagi pihak Yayasan Penerokaan Palestin (Palestine Exploration Fund). Kedua-dua mereka menerbitkan laporan penemuan mereka yang penting[27] disertakan butiran muka bumi seperti sumber air yang dilihat penting oleh pihak British dalam perancangan peperangan yang hendak diatur mereka.

Lawrence tidak segera menyertai pasukan tentera sebaik meletusnya peperangan diisytiharkan atas saranan rakan sekerja S. F. Newcombe.[28] Beliau kemudiannya dimasukan dalam Perisikan Biro Arab yang berpangkalan di Kaherah oleh bekas mentornya Lt. Cmdr. David Hogarth pada Disember tahun sama.[29]

Persekutuan dengan pihak Arab

Kembalinya ke Britain

Lawrence kembali ke United Kingdom berpangkat kolonel.[30] Beliau terus memasuki Pejabat Luar Negeri sebagai seorang pegawai utama, beliau turut menghadiri Persidangan Damai Paris dalam delegasi Raja Faisal dari bulan Januari hingga Mei. Pada 17 Mei 1919, beliau mengalami kemalangan dahsyat ketika menaiki pesawat Handley Page Type O/400 menuju ke Mesir yang terhempas di lapangan terbang Centocell dalam pusat kota Roma tetapi terselamat berkecederaan di tulang-tulang belikat dan rusuk.[31]

Lawrence berkhidmat sebagai seorang penasihat kepada Winston Churchill di Pejabat Jajahan pada Februari 1920 selama setahun[32] melakukan lawatan beberapa kali ke Timur Tengah semasa waktu ini atas pelbagai urusan bawah jabatan ini;[33] beliau sering mengeluh mengenai keadaan terkurung beliau melakukan kerja-kerja persuratan ini.[34]

Kemalangan yang meragut nyawa

Pada 13 Mei 1935 dua bulan selepas tamat khidmatnya, Lawrence bermotosikal atas Brough Superior SS100nya di suatu jalan menuju dekat rumahnya di Wareham; beliau hilang kawalan dalam percubaan mengelak dua orang pemuda berbasikal sehingga terhumban di tepi jalan.[35] Beliau dibawa ke hospital mendapat rawatan tetapi meninggal dunia akibat komplikasi teruk kecederaan dibawa kemalangan ini enam hari kemudian pada 19 Mei 1935 berusia 46 tahun.[35] Salah satu doktor yang merawatnya, Hugh Cairns, menjadi terkesan dengan kegagalan dia dan rakan seperjuangannya memulakan kajian terhadap ancaman nyawa akibat kecederaan kepala dalam kalangan penunggang motosikal yang kemudiannya mendorong pembangunan serta pewajiban topi keledar berekaan selamat dalam persekitaran sebegini.[36][37]

Senarai karya ditulis

Autobiografi

Himpunan surat

  • Crusader Castles, tesis beliau di Universiti Oxford tahun 1936 (ISBN 0-902743-53-8)
  • The Odyssey of Homer, diterjemahkan dari bahasa Yunani. 1932. (ISBN 0-19-506818-1)
  • The Forest Giant, by Adrien Le Corbeau, novel, Lawrence's translation from the French, 1924.
  • The Letters of T. E. Lawrence, selected and edited by Malcolm Brown. London, J. M Dent. 1988 (ISBN 0-460-04733-7)
  • The Letters of T. E. Lawrence, edited by David Garnett. (ISBN 0-88355-856-4)
  • T. E. Lawrence. Letters, Jeremy Wilson. (See prospectus)[38]
  • Minorities: Good Poems by Small Poets and Small Poems by Good Poets, edited by Jeremy Wilson, 1971. Lawrence's commonplace book includes an introduction by Wilson that explains how the poems comprising the book reflected Lawrence's life and thoughts.
  • Guerrilla Warfare, article in the 1929 Encyclopædia Britannica[39]
  • The Wilderness of Zin, bersama C. Leonard Woolley. London, Harrison and Sons, 1914.[40]

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.