Tagal atau bombon ialah sistem pengurusan sumber asli tradisional yang mapan terutamanya bagi sumber hidupan akuatik sungai di Sabah, Malaysia. Ikan di sungai yang ditagal atau dibombon tidak boleh ditangkap atas persetujuan masyarakat pelaksana. Melalui sistem ini, penggunaan sumber semula jadi dihadkan untuk pemuliharaan dan bagi memastikan kewujudan sumber tersebut berterusan untuk generasi akan datang. Sistem tagal diurus dan dipantau oleh Jabatan Perikanan Sabah (DOF).[1] Tujuan sistem ini adalah untuk mengatasi masalah kekurangan sumber ikan air tawar dan mengelakkan pencemaran sungai selain menjana pendapatan masyarakat. Sistem ini juga memberi manfaat kepada industri pelancongan di Sabah.[2] Pada tahun 2009, 240 sungai di Sabah telah ditagalkan.

Sistem tagal dibahagikan kepada tiga zon iaitu zon merah, hijau dan kuning.[3]

Sejarah

Tagal dan bombon ialah perkataan bahasa Kadazandusun bagi jangan. Sistem ini merupakan amalan tradisi masyarakat tempatan di Sabah dan wujud sejak zaman nenek moyang mereka.[4] Pada asalnya, sistem tagal ini digunakan untuk memulihara hutan oleh masyarakat tempatan. Namun begitu, sistem ini telah diamalkan oleh masyarakat pinggir sungai sebelum sistem ini diformalkan.

Usaha membangunkan sistem ini secara formal telah bermula sejak lewat tahun 1990-an dan pernah diamalkan di Tuaran pada tahun 1987 dan 1991 di Kota Belud. Jabatan Perikanan Negeri Sabah (DOF) telah memperluaskan sistem tagal di seluruh negeri Sabah sejak tahun 2003 secara formal. Sistem ini dikawal di bawah peraturan kampung pelaksana yang kemudiannya di bawah Undang-undang adat dan Enakmen Perikanan Darat dan Akuakultur 2003. Pesalah sistem ini boleh dikenakan sogit atau denda atau dipenjara sehingga dua tahun. Sogit dikenakan sebanyak seekor kerbau bagi kesalahan pertama dan bagi kesalahan kedua, pesalah akan dirujuk ke Mahkamah Anak Negeri.[5]

Kesan

Sistem tagal ini telah memberi impak kepada masyarakat pelaksana dari segi alam sekitar, ekonomi, sosial dan pelancongan.

Senarai sungai tagal

  • Sungai Apin-Apin, Keningau[6]
  • Sungai Moroli, Ranau[7]

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.