Tawakel Abdel-Salam Karman (Arab: توكل عبد السلام خالد كرمان Tawakkul ‘Abd us-Salām Karmān; juga Roman Tawakul,[1] Tawakel[2][3][4]) (lahir 7 Februari 1979[4]) merupakan wartawan, ahli politik dan aktivis hak asasi manusia Yaman. Beliau mengetuai kumpulan "Wartawan Wanita Tanpa Rangkaian", yang diasas beliau pada tahun 2005.[1]

Fakta Segera Tawakel Karman, Kelahiran ...
Tawakel Karman
توكل كرمان
Thumb
Kelahiran (1979-02-07) 7 Februari 1979 (umur 45)
Taiz, Yemen
WarganegaraYemen
PekerjaanWartawan, ahli politik and aktivis hak asasi manusia
Parti politikAl-Islah
Anak-anak3 orang
AnugerahHadiah Keamanan Nobel 2011
Tutup

Beliau telah menjadi tumpuan dunia apabila mengetuai pemberontakan Yaman 2011 yang juga sebahagian daripada pemberontakan Arab Spring. Beliau digelar "Wanita Besi" dan "Ibu Revolusi" oleh masyarakat Yaman.[5][6] Beliau menerima Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 2011 (bersama-sama Leymah Gbowee dan Ellen Johnson Sirleaf dari Liberia)[7] menjadikan beliau rakyat Yaman dan wanita Arab pertama,[8] serta wanita Islam kedua yang menerima Hadiah Nobel. Beliau juga penerima Hadiah Nobel kedua termuda setakat ini.[9]

Wartawan, ahli politik & aktivis hak asasi

Karman merupakan seorang wartawan dan juga ahli politik bagi parti politik Al-Islah. Beliau telah bekerja untuk memperbaiki hak asasi manusia. Sebagai seorang wartawan, beliau membantu perkhidmatan berita telefon mudah alih selepas kerajaan tidak memberi lesen kepada mereka. Beliau telah mengetuai protes untuk menuntut kebebasan media dan menganjurkan protes mingguan untuk pembaharuan.[1][10] Beliau mengetuai protes rakyat Yaman untuk menyokong Arab Spring selepas rakyat Tunisia menggulingkan kerajaan Zine El Abidine Ben Ali pada Januari 2011. Beliau telah menentang Presiden Ali Abdullah Saleh dan merasakan Presiden Ali tidak sepatutnya terus menjadi Presiden.[11]

Kehidupan peribadi

Karman menerima Ijazah dalam Perdagangan dari Universiti Sains dan Teknologi, Sana'a. Beliau turut menerima ijazah dalam bidang sains politik dari Universiti Sanaa.[12][13] Beliau merupakan isteri kepada Mohammed al-Nahmi[6][14]

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.