Zine El Abidine Ben Ali
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Zine El Abidine Ben Ali (Arab: زين العابدين بن علي Zayn al-‘Ābidīn bin ‘Alī), (lahir 3 September 1936-19 September 2019) adalah Presiden Republik Tunisia yang kedua antara 7 November 1987 dan 14 Januari 2011.[1] Beliau mengambil alih kuasa daripada Presiden Habib Bourguiba dalam satu rampasan kuasa tak berdarah, selepas berkhidmat sebentar sebagai Perdana Menteri. Beliau kemudian sentiasa terpilih semula dengan majoriti besar dalam setiap pilihan raya, kali terakhir pada 25 Oktober 2009 untuk penggal kelimanya.[2]
Pada 14 Januari 2011, mengikuti Revolusi Tunisia, beliau terpaksa melarikan diri ke Arab Saudi bersama isterinya Leïla Ben Ali dan tiga anak mereka.[1] Ini menandakan kali pertama seorang pemimpin negara Arab digulingkan oleh peristiwa tunjuk perasaan di jalanan.[3]
Kerajaan sementara Tunisia telah meminta Interpol mengeluarkan waran tangkap, mendakwanya untuk pelaburan wang haram dan pengedaran dadah. Beliau dan isterinya dijatuhkan hukuman in absentia penjara 35 tahun pada 20 Jun 2011.[4][5]
Remove ads
Kepresidenan
Rejim yang dipimpinnya dianggap sebagai autoritarian dan tidak demokratik oleh pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa yang bebas, seperti Amnesty International, Freedom House dan Protection International. Mereka mengutuk para pegawai Tunisia kerana tidak mematuhi piawaian hak politik antarabangsa[6][7][8] serta mengganggu kerja pertubuhan hak asasi manusia tempatan.[9] Dalam Indeks Demokrasi The Economist 2010, Tunisia dikelaskan sebagai rejim autoritarian yang menduduki tangga ke-144 daripada 167 negara yang dikaji. Pada tahun 2008, dari segi kebebasan akhbar, Tunisia menduduki tangga ke-143 daripada 173.[10][11]
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads