![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/54/WarnerUBL.jpg/640px-WarnerUBL.jpg&w=640&q=50)
Tawqul Hamamah
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tawqul Hamamah (Arabic: طوق الحمامة, Cincin burung merpati[1]) ialah sebuah karya mengenai cinta yang ditulis oleh Ibn Hazm sekitar 1022.[1] Tawqul Hamamah adalah satu-satunya karya beliau dalam bidang kesusasteraan kerana kebiasaannya beliau menulis tentang usuluddin dan fiqah.[2] Ibn Hazm banyak meminjam daripada Phaedrus, tulisan Plato,[3] meskipun sebahagian besar karya tersebut masih lagi hasil penulisan beliau sendiri, berbanding daripada sebuah antologi karya orang lain.[4] Walaupun tumpuan utama adalah aspek manusia tentang kasih sayang, buku ini ditulis dari perspektif seorang Muslim yang salih, dan kehormatan diri dan kawalan nafsu merupakan tema-tema biasa.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/54/WarnerUBL.jpg/640px-WarnerUBL.jpg)
(Ms. in Leiden University Library)
Buku ini memberikan sepintas lalu psikologi Ibn Hazm itu sendiri. Kegila-gilaan remaja Ibn Hazm terhadap salah seorang pembantu rumah keluarganya sering dipetik sebagai satu contoh cinta suci yang tidak berbalas yang ditulis beliau.[4]
Karya ini telah diterbitkan beberapa kali dalam bahasa Inggeris. A. R. Nykl dari Institut Ketimuran Chicago telah menterjemah karya ini yang diterbitkan pada tahun 1931[1] dan terjemahan A. J. Arberry diterbitkan pada tahun 1951.[5]