Telanaipura, Jambi
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Telanaipura ialah sebuah kecamatan yang berada di Bandar Jambi, provinsi Jambi, Indonesia. Data dari Kementerian Dalam Negeri dalam catatan kependudukan, jumlah penduduk kecamatan ini sehingga pertengahan tahun 2021 sebanyak 50.497 jiwa dengan kepadatan 2.690 jiwa/km².[2]
Remove ads
Kelurahan

Pejabat dan kemudahan umum
Di kecamatan ini, terdapat Pejabat Gabenor Jambi, Hospital Awam Daerah Raden Mattaher, perpustakaan daerah, dan padang golf. Sebahagian besar pejabat-pejabat kerajaan peringkat provinsi Jambi terletak di Kecamatan Telanaipura. Terdapat juga Kampus I Siswazah Universiti Jambi dan Siswazah UIN STS Jambi, bangunan kuliah untuk jenjang Strata 2 (Magister) terletak di Telanaipura.[perlu rujukan]
Demografi
Penduduk bandar Jambi mempunyai keberagaman khususnya suku dan agama. Suku Jambi ialah penduduk asli dan majoriti di Jambi dan tersebar di semua wilayah kecamatan. Terdapat juga suku yang lain seperti suku Jawa, Minangkabau, Batak, Bugis, Banjar, Cina dan lainnya.[3]
Sementara dalam keagamaan, majoriti di kecamatan ini memeluk agama Islam. Peratusan penduduk menurut agama yang dianut di kecamatan ini ialah Islam sebanyak 92,21%,Kristian 7.37% di mana Protestan 6.43% dan Katolik 0.94%. Sebahagian lagi beragama Buddha (0.40%) dan Hindu (0,02%).[2]
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads