Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Tengku Fahad Mua’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah (diputerakan pada (1994-02-10)10 Februari 1994 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang) merupakan anakanda bongsu dan putera tunggal kepada Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Che Puan Besar Hajjah Kalsom Abdullah.

Fakta Segera Keputeraan, Nama penuh ...
Tengku Fahad Mua’adzam Shah
Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong[1]
Keputeraan (1994-02-10) 10 Februari 1994 (umur 30)
Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang
Nama penuh
Tengku Fahad Mua’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
KerabatIstana Abu Bakar, Pekan, Pahang
AyahandaSultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
BondaChe Puan Besar Hajjah Kalsom Abdullah
AgamaIslam
Tutup

Keputeraan

Tengku Fahad Mua’adzam Shah telah diputerakan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang seberat 3.5kg pada jam 9:30 pagi tanggal 10 Febuari 1994 merupakan putera tunggal kepada pasangan KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan DYMM Sultanah Hajjah Kalsom.

Pendidikan awal

Tengku Fahad Mua’adzam Shah mendapat pendidikan di Garden International School, Kuantan, Pahang. Beliau seterusnya menyambung pelajaran di Eton College, United Kingdom dan melanjutkan pengajian lebih tinggi di Universiti Princeton, Amerika Syarikat.[2]

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang

Fakta Segera Gaya panggilan, Gaya pertuturan ...
Gelaran hormat bagi
Tengku Fahad Mua’adzam Shah
Thumb
Gaya panggilan Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Tengku
Gaya pilihan Tengku Arif Temenggong
Tutup

Terasul dan gelaran

  • 10 Februari 1994 – 24 Oktober 2002 : Yang Amat Mulia Tengku Fahad Mua’adzam Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
  • 24 Oktober 2002 - 22 Mei 2019 : Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Tengku Fahad Mua’adzam Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
  • 22 Mei 2019 – kini : Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Tengku Fahad Mua’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

Nama penuh Tengku Fahad Mu’adzam Shah berserta gelaran rasmi ialah:

Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Tengku Fahad Mua’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, D.K. (II), S.A.A.S., S.S.A.P., S.I.M.P.

Kurniaan Darjah Kebesaran

Tengku Fahad Mua’adzam Shah telah dikurniakan:

  • Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati (D.K. II), 24 Oktober 2008
  • Darjah Kebesaran Al-Sultan Abdullah Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Pertama Sri Setia Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah, membawa gelaran Dato' Sri Setia (S.A.A.S.), 30 Julai 2024
  • Darjah Sri Sultan Ahmad Shah, membawa gelaran Dato' Sri (S.S.A.P.), 23 November 2023
  • Darjah Sri Indera Mahkota Pahang - membawa gelaran Dato' Indera (S.I.M.P.), 23 November 2023
  • Fellowship Diraja Pertubuhan Perubatan Sukan dan Senaman Dunia[3]

Keturunan

Maklumat lanjut Keturunan Tengku Fahad Mua’adzam Shah ...
Tutup

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.