Tentera Heathen Besar
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tentera Heathen Besar atau Tentera Denmark Besar[lower-alpha 1], juga dikenali oleh pihak Anglo-Saxon sebagai Great Heathen Army (Bahasa Inggeris Tua: mycel hæþen herecode: ang is deprecated ), merupakan sebuah perikatan para pahlawan Norse, bukan sahaja berasal daripada Denmark tetapi juga termasuk kumpulan-kumpulan perang daripada Norway dan Sweden, yang menyertai sebuah pasukan yang disatukan untuk menyerbu empat buah kerajaan beraja Anglo-Saxon yang terletak di England pada tahun AD 865.
Sejak kurun ke-8, Viking banyak terlibat dalam misi-misi "serang-dan-lari" yang tertumpu pada pusat kekayaan seperi biara. Tentera Heathen Besar berbeza daripada serbuan ini di mana saiznya adalah lebih besar dan dibentuk untuk menduduki dan penakluk kawasan yang lebih luas.
Nama Tentera Heathen Besar diterbitkan daripada Sejarah Anglo-Saxon pada tahun 865. Legenda menyatakan bahawa tentera ini diketuai oleh empat daripada lima orang anak lelaki Ragnar Lodbrok, iaitu Hvitserk, Ivar the Boneless, Bjorn Ironside dan kemungkinan Ubba.[lower-alpha 2] Kempen serangan dan penaklukan untuk menentang kerajaan beraja Anglo-Saxon berlangsung selama 14 tahun. Sumber-sumber yang terselamat tidak memberi sebarang indikasi pasti jumlahnya, tetapi antara pasukan terbesar pernah diwujudkan.