Tentera Terracotta
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tentera Terracotta (Cina ringkas: 兵马俑code: zh is deprecated ; Cina tradisional: 兵馬俑code: zh is deprecated ; pinyin: bīngmǎ yǒng; secara harfiahnya "patung-patung pengebumian kuda dan tentera") adalah Pahlawan dan Kuda Terra Cotta untuk Maharaja China pertama Qin Shi Huang. Patung-patung terracotta, bertarikh 210 SM, telah dijumpai pada tahun 1974 oleh beberapa petani tempatan berdekatan Xi'an, wilayah Shaanxi, China berdekatan makan Maharaja Qin Pertama. (Bahasa Cina: 秦始皇陵code: zh is deprecated ; pinyin: Qín Shǐhuáng di). Ketinggian patung-patung ini di antara (183–195 cm - 6 kaki–6 kaki 5in), berdasarkan peranan mereka, patung tertinggi merupakan para jeneral. Antara patung yang dijumpai termasuklah pahlawan, kereta kuda, kuda, pegawai, akrobat, orang kuat, dan ahli muzik. Anggaran semasa adalah dalam tiga lubang yang mengandungi Tentera Terracotta terdapat 8,000 tentera, 130 pedati dengan 520 kuda dan 150 tentera kavalri, sebahagian besar darinya masih tertimbus dalam lubang.[1] Ramai pakar kaji purba percaya bahawa terdapat banyak lagi lubang yang masih belum dijumpai.
Tapak Warisan Dunia UNESCO | |
Maklumat am | |
---|---|
Sebahagian dari | Mausoleum of the First Qin Emperor |
Inskripsi | 1987 (sesi ke-11) |
Laman sesawang | http://www.bmy.com.cn/, http://www.bmy.com.cn/2015new/bmyweb/ |
Maklumat lokasi | |
Lokasi | Xi'an, Republik Rakyat China |
Koordinat | 34°23′06″N 109°16′23″E |
sunting · sunting di Wikidata |