Terbuka Australia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Terbuka Australia merupakan sebuah pertandingan utama tenis yang dianjurkan setiap tahun pada dua minggu terakhir bulan Januari di Melbourne, Australia. Pertama kali dilansungkan pada tahun 1905, pertandingan ini adalah pertandingan pertama daripada empat acara Grand Slam tenis setiap tahun – tiga yang lain adalah Terbuka Perancis, Wimbledon dan Terbuka AS. Acara yang dilansungkan adalah perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran. Selain itu acara belia, kerusi roda, legenda dan perlawanan pertunjukan juga dijalankan. Sebelum tahun 1988, pertandingan ini dimainkan di atas gelanggang rumput. Sejak tahun 1988, dua jenis permukaan gelanggang keras telah digunakan di Melbourne Park – hijau Rebound Ace sehingga tahun 2007 dan biru Plexicushion bermula tahun 2008.[2]
Terbuka Australia | |
---|---|
Ditubuhkan | 1905 |
Lokasi | Melbourne Australia |
Venue | Melbourne Park |
Permukaan | Rumput (1905–87) Keras (Rebound Ace) (1988–2007) Keras (Plexicushion) (2008–sekarang) |
Hadiah wang tunai | A$40,000,000 (2015)[1] |
Undi | 128S / 128Q / 64D |
Juara semasa | Novak Djokovic (perseorangan) Simone Bolelli / Fabio Fognini (beregu) |
Juara perseorangan terbanyak | 6 Roy Emerson |
Juara beregu terbanyak | 10 Adrian Quist |
Undi | 128S / 96Q / 64D |
Juara semasa | Serena Williams (perseorangan) Bethanie Mattek-Sands / Lucie Šafářová (beregu) |
Juara perseorangan terbanyak | 11 Margaret Court |
Juara beregu terbanyak | 12 Thelma Coyne Long |
Undi | 48 |
Juara semasa | Martina Hingis / Leander Paes |
Juara terbanyak (lelaki) | 4 Harry Hopman Colin Long |
Juara terbanyak (wanita) | 4 Daphne Akhurst Cozens Nell Hall Hopman Nancye Wynne Bolton Thelma Coyne Long |
| |
Terbuka Australia 2015 |
Terbuka Australia biasanya mempunyai kehadiran penonton yang tinggi, kedua di belakang Terbuka AS. Ia juga merupakan pertandingan Grand Slam pertama yang dilansungkan di gelanggang tertutup ketika cuaca lembap atau kepanasan melampau menerusi tiga gelanggang utamanya, Rod Laver Arena, Hisense Arena dan Margaret Court Arena yang baru diubahsai dilengkapi dengan bumbung tarik balik.