Thomas Hobbes
From Wikipedia, the free encyclopedia
Thomas Hobbes ([hɒbz]; 5 April 1588 – 4 Julai 1679), atau dalam beberapa catatan lamanya Thomas Hobbes dari Malmesbury,[lower-alpha 1] ialah seorang filsuf Inggeris yang dianggap sebagai salah satu pengasas falsafah politik moden.[1][2] Hobbes begitu dikenali atas karyanya tahun 1651 bernama Leviathan yang menubuhkan teori kontrak sosial yang telah disampaikan sebagai asas kepada falsafah politik Barat yang paling terkemudian.[3] Selain falsafah politik, Hobbes juga telah menyumbang kepada pelbagai bidang-bidang lain termasuk sejarah, perundangan, geometri, fizik gas, teologi, etika, dan falsafah umum.
Thomas Hobbes | |
---|---|
Lahir | (1588-04-05)5 April 1588 Westport berdekatan Malmesbury, Wiltshire, England |
Meninggal dunia | 4 Disember 1679(1679-12-04) (umur 91) Derbyshire, England |
Zaman | falsafah abad ke-17 |
Aliran | Kontrak sosial, realisme klasik, empirikisme, determinisme, materialisme, egoisme beretika |
Minat utama | Falsafah politik, sejarah, etika, geometri |
Idea penting | Pengasas moden tradisi kontrak sosial |
Alma mater | Magdalen Hall, Oxford |
Dipengaruhi
| |
Mempengaruhi
|
Walaupun Hobbes dengan rasionalnya memihak kuat kepada faham kemutlakan pemerintah, Hobbes juga mengembangkan beberapa asas pemikiran liberalisme Eropah: hak individu; kesamaan semula jadi semua manusia; sifat buatan perintah politik (yang membawa kemudiannya kepada perbezaan antara masyarakat awam dan negeri); pandangan bahawa semua kuasa politik yang sah mesti "berwakil" dan berdasarkan persetujuan orang ramai; dan satu tafisran bebas terhadap undang-undang yang meninggalkan orang-orang bebas untuk melakukan apa sahaja yang tidak jelas dilarang oleh undang-undang.[4] Pemahamannya mengenai manusia sebagai jisim dan gerakan yang mematuhi undang-undang fizikal yang sama seperti jisim dan gerakan yang lain kekal berpengaruh; danpendapatnya mengenai naluri manusia sebagai suatu kerjasama berkepentingan diri, dan komuniti politik berdasarkan "kontrak sosial" menjadi salah satu topik utama falsafah politik.