From Wikipedia, the free encyclopedia
Dalam termokimia, suatu tindak balas eksotermik ialah, berdasarkan takrifan rasmi IUPAC: "tindak balas di mana perubahan entalpi piawai, ΔH⚬ adalah negatif."[1][2] Tindak-tindak balas eksotermik biasa melepaskan haba dan memggambarkan penggantian ikatan-ikatan kimia lemah dengan yang lebih kuat.[3][4] Istilah ini lazim dikelirukan dengan tindak balas eksergonik - "... satu tindak balas dengan perubahan tenaga Gibbs keseluruhan, ΔG⚬, adalah negatif."[2] Satu tindak balas eksotermik juga biasanya eksergonik kerana ΔH⚬ ialah penyumbang besar terhadap nilai ΔG⚬. Tindak balas berlawanan ialah tindak balas endotermik yang biasanya menelan (menyerap) haba dan dipacu oleh kenaikan entropi dalam sistem.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.