Tirana
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tirana /tᵻˈrɑːnə/ ( dengar) (Standard Albania: Tiranëcode: sq is deprecated ; bahasa Gheg Albania: Tirona) adalah ibu negara dan kota terbesar di Albania. Ia juga merupakan pusat pentadbiran, budaya, ekonomi dan industri di Albania. Berdasarkan bancian pada tahun 2015, penduduk Tirana berjumlah 610,070 orang[3] dan perbandaran Tirana, yang diwujudkan pada tahun 2015, memiliki jumlah penduduk seramai 800,986 orang.[4] Ini bermakna Tirana adalah kawasan metropolitan terbesar di Albania, dan satu-satunya kota dengan jumlah penduduk melebihi 500.000 orang. Kota ini juga mempunyai banyak institusi dan universiti awam dan swasta.
Fakta Segera Tiranë, Negara ...
Tirana
Tiranë | |
---|---|
Perbandaran Tirana | |
Negara | Albania |
Kaunti | Kaunti Tirana |
Daerah | Daerah Tirana |
Diasaskan | 1614 |
Pentadbiran | |
• Datuk bandar | Erion Veliaj[1] |
Keluasan | |
• Jumlah | 41.8 km2 (16.1 batu persegi) |
Aras | 110 m (360 ft) |
Penduduk (2015) | |
• Jumlah | 610,070 |
Zon waktu | UTC+1 (CET) |
• Musim panas (DST) | UTC+2 (CEST) |
Poskod | 1000[2] |
Kod kawasan | 04 |
Plat kereta | TR |
Laman sesawang | www.tirana.gov.al |
Tutup
Bandar ini didirikan pada tahun 1614 dan menjadi ibu negara Albania pada tahun 1920.