Tony Castello
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tony Castello atau nama penuhnya Antonio Castello serta nama Islamnya Mohd Nor bin Abdullah, merupakan pelakon filem Anak-ku Sazali. Tony Castello dilahirkan pada 13 Julai 1946 dan meninggal dunia kira-kira pukul 4 petang, Isnin 13 Disember 2010 di Hospital Changi, Singapura.
Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Tony Castello | |
---|---|
Kelahiran | Antonio Castello (1946-07-13)13 Julai 1946 |
Meninggal dunia | 13 Disember 2010(2010-12-13) (umur 64) Hospital Changi, Singapura |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Pusara Abadi, Chua Chu Kang, Singapura |
Warganegara | Singapura |
Nama lain | Mohd Nor bin Abdullah |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1956–2010 |
Rakan kongsi domestik | 4 |
Anak-anak | 3 |
Tutup
Pelakon yang terkenal dengan watak Sazali dalam filem itu dikebumikan di tanah perkuburan Islam Pusara Abadi, Chua Chu Kang, Singapura.
Tony meninggalkan tiga anak, seorang hasil perkahwinannya dengan wanita Amerika Syarikat manakala dua lagi dengan wanita Singapura. Manakala seorang isteri warga Filipina.[1]