![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/7/7a/Traffic_1973.jpg/640px-Traffic_1973.jpg&w=640&q=50)
Traffic (kumpulan muzik)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Traffic ialah sebuah pancaragam Inggeris dari daerah West Midlands di England. [1] Kumpulan ini ditubuhkan pada bulan April 1967 oleh Steve Winwood, Jim Capaldi, Chris Wood dan Dave Mason.[2] Mereka mula bermain sebagai pancaragam psychedelic rock dan dikatakan rekod tunggal awal mereka dipengaruhi The Beatles. Kumpulan ini memperluaskan bunyi mainan mereka dengan menggunakan alat keyboard seperti Mellotron, alat rid, dan dengan menggabungkan teknik jaz dan improvisasi dalam muzik mereka.[2]
Traffic | |
---|---|
![]() Traffic pada tahun 1973 | |
Latar belakang | |
Berasal dari | Birmingham, England |
Genre | Progressive rock, psychedelic rock, folk rock, jazz fusion |
Tahun aktif | 1967–1969, 1970–1974, 1994 |
Syarikat rakaman | Island Records, United Artists Records, Polydor Records, Virgin Records |
Pengkarya berkait | Blind Faith, Muscle Shoals Rhythm Section, Spencer Davis Group |
Bekas ahli | Steve Winwood Jim Capaldi Chris Wood Dave Mason Jim Gordon Ric Grech Rebop Kwaku Baah David Hood Roger Hawkins Barry Beckett Rosko Gee Randall Bramblett Michael McEvoy Walfredo Reyes Jr |
Selepas kumpulan dibubarkan pada tahun 1969, Winwood menyertai kumpulan Blind Faith; Traffic berkumpul semula pada tahun 1970 untuk menghasilkan album yang mendapat pujian pengkritis, John Barleycorn Must Die. Keanggotaan kumpulan berbeza selepas saat ini sehinggalah keumpulan dibubarkan sekali lagi pada tahun 1975.[2]
Traffic dilantik ke Rock and Roll Hall of Fame pada tahun 2004.