Trent Alexander-Arnold
Pemain bola sepak Liverpool / From Wikipedia, the free encyclopedia
Trent John Alexander-Arnold (lahir 7 Oktober 1998) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Inggeris yang bermain sebagai bek kanan untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool dan pasukan kebangsaan England.
Maklumat peribadi | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama penuh | Trent John Alexander-Arnold[1] | ||||||||||||
Tarikh lahir | (1998-10-07) 7 Oktober 1998 (umur 25)[2] | ||||||||||||
Tempat lahir | liverpool | ||||||||||||
Ketinggian | 5 kaki 9 inci (1.75 m)[3] | ||||||||||||
Posisi permainan | Bek kanan | ||||||||||||
Maklumat kelab | |||||||||||||
Kelab terkini | Liverpool | ||||||||||||
Nombor | 66 | ||||||||||||
Kerjaya remaja | |||||||||||||
2004–2016 | Liverpool | ||||||||||||
Kerjaya Senior* | |||||||||||||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) | ||||||||||
2016– | Liverpool | 202 | (12) | ||||||||||
Pasukan kebangsaan‡ | |||||||||||||
2013–2014 | England B16 | 6 | (0) | ||||||||||
2014–2015 | England B17 | 11 | (0) | ||||||||||
2016 | England B18 | 2 | (0) | ||||||||||
2016–2017 | England B19 | 10 | (7) | ||||||||||
2017– | England B21 | 3 | (0) | ||||||||||
2018– | England | 20 | (2) | ||||||||||
Pengalaman
| |||||||||||||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 28 Ogos 2023 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 19 Jun 2023 (UTC) |
Dilahirkan dan dibesarkan di Liverpool, Alexander-Arnold menyertai kelab akademi Liverpool pada tahun 2004 dan kemudian menjadi ketua kelab di pelbagai peringkat belia. Beliau membuat penampilan pertama seniornya pada tahun 2016 ketika berusia 18 tahun, dan telah membuat lebih dari 100 penampilan kelab. Alexander-Arnold memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik Musim Liverpool pada tahun 2017 dan 2018. Pada tahun 2018, beliau menjadi pemain termuda yang bermain untuk kesebelasan utama kelab di perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA. Pada usia 20 tahun, beliau dicalonkan bagi anugerah Pemain Muda Terbaik PFA yang telah dinamakan dalam Pasukan Terbaik Tahunan PFA dan Pasukan Terbaik Musim Liga Juara-Juara UEFA. Alexander-Arnold juga menjadi pemain termuda yang bermain sepenuh masa dalam dua perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA secara berturut-turut, dengan menyaksikan Liverpool memenangi perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA 2019.
Alexander-Arnold juga telah mewakili England di pelbagai peringkat belia dan membuat penampilan pertamanya seniornya pada tahun 2018. Beliau tampil di kejohanan Piala Dunia FIFA 2018 dengan menjadi remaja keempat yang memulakan pertandingan buat England dalam kejohanan tersebut. Beliau juga membuat penampilan buat pasukan England di kejohanan Liga Negara-Negara UEFA 2018–19 dengan menyaksikan pasukannya menduduki tempat ketiga.