![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/2/27/Tumpeng-Jawa.jpg/640px-Tumpeng-Jawa.jpg&w=640&q=50)
Tumpeng
Hidangan tradisi kaum etnik Jawa yang berasal daripada pulau Jawa / From Wikipedia, the free encyclopedia
Tumpeng (atau nasi tumpeng atau nasi tumpang) adalah sejenis hidangan nasi berserta lauk-pauknya dalam bentuk kon; disebabkan itu disebut sebagai 'nasi tumpeng'. Olahan nasi yang dipakai umumnya berwarna nasi kuning, walaupun kerap digunakan nasi putih biasa atau nasi uduk. Kaedah penyajian nasi ini tipikal kepada masyarakat Jawa atau Betawi berketurunan Jawa dan biasanya dibuat ketika kenduri atau sambutan suatu peristiwa atau perayaan penting. Walaupun begitu, masyarakat Indonesia mengetahui aktiviti ini secara umum.
Tumpeng | |
---|---|
![]() Tumpeng, nasi berbentuk kon yang dikelilingi oleh pelbagai hidangan Indonesia. | |
Jenis | Hidangan nasi ![]() |
Jenis sajian | Hidangan utama |
Tempat asal | Indonesia |
Kawasan/rantau | Seluruh negara di Indonesia, tetapi paling lazim dalam masakan Jawa |
Masakan berkaitan | Indonesia |
Suhu penghidangan | suhu panas atau bilik |
Bahan utama | Nasi berbentuk kon, urab (sayur-sayuran dalam kelapa parut), ayam goreng, tempe goreng, telur rebus, telur dadar dicincang, ikan bilis dan kacang |
Bahan yang biasa digunakan | Beras, tempe, telur ![]() |
Keragaman/variasi | tumpeng robyong, tumpeng putih, tumpeng nasi uduk, tumpeng slametan (nasi kuning) |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/dc/Nasi_Kuning.jpg/640px-Nasi_Kuning.jpg)
Tumpeng biasanya disajikan di atas tampah (bekas bulat tradisional dari anyaman buluh) dan dialas dengan daun pisang.
Pada tahun 2013, Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia mempromosikan tumpeng sebagai salah satu antara 30 ikon masakan Indonesia,[1] dan akhirnya meningkatkan statusnya sebagai hidangan kebangsaan rasmi di Indonesia pada tahun 2014, menggambarkannya sebagai "hidangan yang mengikat kepelbagaian tradisi masakan Indonesia."[2]