Udo Omar
Pelakon / From Wikipedia, the free encyclopedia
Haji Omar bin Hitam (Jawi: عمر بن هيتم) atau lebih dikenali sebagai Udo Omar (1906 – 20 Februari 1980) merupakan seorang pelakon filem Melayu Singapura sekitar 1950-an yang berasal dari Kepulauan Riau, Indonesia. Sungguhpun hanya sering diberi watak pembantu tapi lakonannya menonjol dan dianggap sebagai pelakon serba-boleh kerana mampu untuk membawa pelbagai watak seperti inspektor polis, penghulu, orang kampung, raja atau sultan. Beliau juga adalah antara pelakon kesukaan P. Ramlee dan banyak terbabit dalam filem arahannya seperti Penarek Becha, Pancha Delima, Nujum Pak Belalang, Musang Berjanggut, Labu dan Labi, Nasib Si Labu Labi dan Tiga Abdul.[1]
Allahyarham Haji Udo Omar | |
---|---|
عمر بن هيتم | |
Kelahiran | Haji Omar bin Hitam 1906 (1906) |
Meninggal dunia | 20 Februari 1980(1980-02-20) (umur 73–74) |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Bidadari (dulu) (kini) Tanah Perkuburan Islam Pusara Aman (Abadi), Lim Chu Kang, Singapura |
Nama lain | Pak Udo |
Pekerjaan | Pelakon, pelawak |
Tahun aktif | 1955–1980 |
Majikan | Malay Film Productions (Jalan Ampas), Singapura Cathay-Keris Studio (Siglap), Singapura |
Terkenal kerana | Watak Haji Bakhil bin Haji Kedekut dari filem Labu dan Labi, arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee (A.M.N.) |
Pasangan | 3 |
Anak-anak | 5 |
Penonton mungkin mengenali lakonannya sebagai watak Haji Bakhil atau `tagline' "sekali aku lesing, baru kau tau.." dalam filem Labu dan Labi. tapi kurang mengenali pembawa watak, iaitu Udo Omar atau nama sebenarnya Omar bin Hitam.