Ujian Trinity
From Wikipedia, the free encyclopedia
Ujian Trinity diadakan dalam Projek Manhattan laksanaan Tentera Darat Amerika Syarikat melibatkan peletusan sebuah bom atom di Lapangan Bom dan Persenjataan Alamogordo, gurun Jornada del Muerto tenggara New Mexico pada tanggal 16 Julai 1945 menguji bom direka bermuatan plutonium bergelar The Gadget ("Alat") yang serupa model bom nuklear yang bakal dijatuhkan di Hiroshima dan Nagasaki pada 9 Ogos kelak. Projek ini diterajui J. Robert Oppenheimer pengarah Makmal Los Alamos berikutan perbincangan dilakukan di sana yang diluluskan Jen. Brig. Leslie R. Groves, Jr., pengarah projek tersebut.[1] Perancangannya diserahkan kepada Kenneth Bainbridge. Nama "Trinity" diberikan Oppenheimer sempena salah satu karangan sajak nukilan John Donne sebelum kematian penyajak tersebut pada 1531.
Kawasan kawah tinggalan ledakan ini sendirinya masih mengandung unsur radioaktif lebih 70 tahun selepas ujian ini dengan kadar radiasi tersisa didedahkan dalam masa 1 jam diukur lebih tinggi dari pendedahan radiasi semulajadi seharian dibenarkan untuk orang dewasa.[2] Lingkungan pinggir sekelilingnya dijadikan Mercu Tanda Sejarah Kebangsaan pada 1965, sebuah tugu batu setinggi 3.65 m didirikan memperingati ujian tersebut.