Unai Emery
From Wikipedia, the free encyclopedia
Unai Emery Etxegoien ( Sebutan Sepanyol: [uˈnaj ˈemeɾi] ; lahir 3 November 1971) merupakan jurulatih bola sepak berasal dari Sepanyol dan bekas pemain yang kini merupakan ketua jurulatih kelab Liga Perdana Inggeris, Aston Villa.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Unai Emery Etxegoien[1] | ||
Tarikh lahir | (1971-11-03) 3 November 1971 (umur 52)[1] | ||
Tempat lahir | Hondarribia, Sepanyol | ||
Ketinggian | 1.80 m (5 ka 11 in)[1] | ||
Posisi permainan | Pemain tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Aston Villa (ketua jurulatih) | ||
Kerjaya remaja | |||
1986–1990[2] | Real Sociedad | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1990–1995 | Real Sociedad B | 89 | (8) |
1995–1996 | Real Sociedad | 5 | (1) |
1996–2000 | Toledo | 126 | (2) |
2000–2002 | Racing Ferrol | 61 | (7) |
2002–2003 | Leganés | 28 | (0) |
2003–2004 | Lorca Deportiva | 30 | (1) |
Jumlah | 339 | (18) | |
Pasukan diurus | |||
2004–2006 | Lorca Deportiva | ||
2006–2008 | Almería | ||
2008–2012 | Valencia | ||
2012 | Spartak Moscow | ||
2013–2016 | Sevilla | ||
2016–2018 | Paris Saint-Germain | ||
2018–2019 | Arsenal | ||
2020–2022 | Villarreal | ||
2022– | Aston Villa | ||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Selepas kerjaya pemain bola sepak beliau yang dihabiskan kebanyakannya bermain di Segunda División Sepanyol, Emery bertukar karier menjadi jurulatih selepas bersara pada tahun 2004. Dia bermula di Lorca Deportiva, di mana dia membawa kelab itu naik ke Segunda División pada musim pertamanya . Beliau kemudiannya menyertai Almería, yang beliau memimpin keleb naik ke La Liga buat kali pertama dalam sejarah kelab. Beliau kemudiannya berpindah ke Valencia, membawa pasukan itu ke tempat tiga teratas. Selepas meninggalkan Valencia, beliau melatih Spartak Moscow selama enam bulan, sebelum berpindah ke Sevilla pada 2013.
Di Sevilla, Emery memenangi tiga kali berturut-turut trofi Liga Europa, dan berpindah ke kelab Perancis Paris Saint-Germain pada 2016. Di sana, beliau memenangi gelaran Ligue 1, dua gelaran Coupe de France, dua gelaran Coupe de la Ligue, dan dua gelaran Trophée des Champions, yang termasuk 4 gelaran semusim yang merupakan musim keduanya.[3]Selepas tamat kontraknya, Emery dilantik sebagai ketua jurulatih kelab Inggeris Arsenal pada 2018, menggantikan Arsène Wenger.[4] Beliau menamatkan saingan sebagai naib juara Liga Europa[5] pada musim pertamanya, sebelum dipecat pada November 2019 selepas beberapa siri keputusan buruk.[6] Beliau dilantik oleh Villarreal pada Julai 2020,[7] di mana beliau memenangi Liga Europa pada musim pertamanya.[8]