From Wikipedia, the free encyclopedia
Urk (Sebutan Belanda: [ɵrk] ( listen)) merupakan sebuah gemeente di Belanda yang terletak di wilayah Flevoland. Pada tahun 2006, daerah ini memiliki penduduk sebanyak 17,458 orang.
Urk | |
---|---|
Koordinat: 52°40′N 5°36′E | |
Negara | Belanda |
Wilayah | Flevoland |
Pentadbiran | |
• Badan | Majlis perbandaran |
• Datuk Bandar | Pieter van Maaren (CDA) |
Keluasan | |
• Jumlah | 109.91 km2 (42.44 batu persegi) |
• Tanah | 11.53 km2 (4.45 batu persegi) |
• Air | 98.38 km2 (37.98 batu persegi) |
Aras | 0 m (0 ft) |
Penduduk (Ogos 2017)[4] | |
• Jumlah | 20,421 |
• Kepadatan | 1,771/km2 (4,590/batu persegi) |
Demonim | Urker |
Zon waktu | UTC+1 (CET) |
• Musim panas (DST) | UTC+2 (CEST) |
Poskod | 8320–8324 |
Nombor pendailan | 0527 |
Laman sesawang | www |
Sebelum tahun 1939, Urk merupakan sebuah pulau yang berpisah dengan daratan. Tetapi setelah Zuiderzee dikeringkan, pulau ini bersatu dengan daratan.
Peta topografi Urk, Jun 2015
Ekonomi terpenting bagi kampung ini ialah perikanan. Selepas IJsselmeer dibentuk, nelayan Urk menjalankan kegiatan perikanan di North Sea. Disebabkan peningkatan harga ikan, perkara ini telah menjadikan Urk sebagai sebuah lokasi yang mewah. Dahulunya, banyak nyawa telah terkorban akibat daripada ribut yang melanda Zuiderzee dan North Sea. Suatu memorial dibina bagi memperingati nelayan yang terkorban di Urk, atau lebih dikenali sebagai "Urker vrouw": satu tugu seorang wanita yang sedang melihat ke arah laut, menunggu kepulangan suami dan anak-anak.
Kadar kelahiran di Urk adalah yang tertinggi di Belanda pada 2016 (dan tertinggi pada tahun sebelumnya). Tetapi seperti tempat lain di Belanda, nombor ini berkurangan ke 18,7‰ (menurun daripada 30,8‰ pada 1988). Pada 1988 hanya Zeewolde mempunyai sedikit tinggi kadar kelahiran iaitu 31,3‰, walau bagaimanapun, Urk kekal kedua tertinggi. Jumlah kadar kesuburan merosot ke 2,6 (menurun daripada 3,9 pada 1988).
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.