From Wikipedia, the free encyclopedia
VK (singkatan kepada VKontakte ; Rusia: ВКонтакте , bermaksud InContact ) merupakan sebuah perkhidmatan media sosial dan rangkaian sosial dalam talian Rusia yang berpangkalan di Saint Petersburg . VK tersedia dalam pelbagai bahasa namun kebanyakannya digunakan oleh penutur bahasa Rusia . Sama seperti jaringan sosial yang lain, VK turut membenarkan penggunanya untuk menghantar mesej secara terbuka atau peribadi; buat kumpulan, halaman awam dan acara; kongsi dan tandai imej, audio dan video; dan bermain permainan berasaskan pelayar. [4]
VK | |
---|---|
Tangkapan layar | |
Maklumat umum | |
URL | vk |
Jenis | Perkhidmatan rangkaian sosial |
Tersedia dalam | 86 bahasa, termasuk bahasa Rusia, Ukraine dan Inggeris R |
Ditubuhkan | 10 Oktober 2006 in Saint Petersburg, Rusia |
Pengurusan dan pentadbiran | |
Pemilik | VK (en) , Pavel Durov, Yitzchak Mirilashvili (en) dan Lev Leviev (en) |
Pencipta | Pavel Durov, Nikolai Durov |
Pengasas | Pavel Durov, Yitzchak Mirilashvili (en) dan Lev Leviev (en) |
CEO | Andrey Rogozov[1] |
Syarikat induk | VK |
Kandungan dan sokongan | |
Keluaran | Perkhidmatan rangkaian sosial |
Pendaftaran | Ya |
Pengguna | 649,016,600+ sehingga 10 April 2021[2] |
Dilancarkan pada | 10 Oktober 2006 |
Status terkini | Aktif |
Ditulis dalam | KPHP (en) |
Pembangun web | Pavel Durov |
Diselenggarakan oleh | Igor Sychev (en) |
Perangkaan | |
Jumlah hasil | 42.751 ₽ billion (2016)[3] |
Kedudukan Alexa | 15 (28 November 2017) 14 |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Saint Petersburg , Rusia |
Negara asal | Rusia |
Kawasan diberi khidmat | Seluruh dunia; majoriti pengguna adalah dalam CIS |
Pautan luar berkaitan | |
Pautan lain | |
sunting · sunting di Wikidata |
Sejak Ogos 2018, sekurang-kurangnya 500 juta akaun telah didaftarkan.[5] Ia merupakan laman web paling popular di Rusia.[6] Ia juga turut popular di Ukraine sebelum ia diharamkan oleh Parlimen Ukraine pada tahun 2017.[7]
VK telah disenaraikan sebagai laman web ke-16 yang paling banyak dikunjungi di dunia oleh SimilarWeb. [8]
Pada 19 Januari 2007, VKontakte telah diperbadankan sebagai sebuah syarikat sendirian berhad Rusia. Pengasasnya, Pavel Durov pada mulanya melancarkan VKontakte sebagai ujian beta pada September 2006, sejurus selepas tamat pengajiannya dari Universiti Negera St Petersburg . Bulan berikutnya, nama domain vkontakte.ru telah didaftarkan. Pendaftaran pengguna yang pada mulanya terhad kepada warga universiti melalui jemputan ekslusif telah berkembang dengan cepat.
Pada Februari 2007, laman web itu telah mencapai pengguna melebihi 100,000 orang penggunadan diiktiraf sebagai syarikat kedua terbesar dalam pasaran rangkaian sosial Rusia. Pengguna VK mencapai 1 juta orang pada Julai 2007, dan 10 juta pada April 2008. Pada Disember 2008, VK berjaya mengatasi pesaingnya, Odnoklassniki sebagai perkhidmatan rangkaian sosial paling popular di Rusia. [9]
Sama seperti kebanyakan rangkaian sosial yang lain, VK membenarkan penggunakan untuk menghantar mesej peribadi kepada pengguna lain dan berkongsi foto, kemas kini status dan pautan dengan rakan. VK juga digunakan untuk mengurus komuniti dalam talian dan halaman selebriti. Selain itu, tapak ini turut membenarkan penggunanya memuat naik, mencari dan menstrim kandungan media, seperti video dan muzik. VK menampilkan enjin carian lanjutan, yang membenarkan pertanyaan kompleks untuk mencari rakan, serta carian berita masa semasa. VK telah mengemas kini ciri dan reka bentuknya pada April 2016. [10]
Pada tahun 2008, saluran televisyen terkemuka Rusia, TV Russia (nama saluran TV RTR digunakan pada 1991–2002) (kemudian Rusia 1) dan syarikat televisyen VGTRK menyaman VKontakte (kemudian VK) atas salinan tidak berlesen dua filemnya yang telah dimuat naik oleh pengguna VK. Pada tahun 2010, pertikaian ini telah diselesaikan oleh Mahkamah Timbang Tara Tertinggi Rusia yang memihak kepada rangkaian sosial. Mahkamah memutuskan bahawa VK tidak bertanggungjawab terhadap pelanggaran hak cipta penggunanya, dengan mengambil kira bahawa kedua-dua pihak bersetuju dengan kemungkinan teknikal untuk mengenal pasti pengguna yang menyiarkan kandungan haram dan yang, akibatnya, mesti menanggung liabiliti. [11] Satu lagi keputusan awal tahun 2012 memihak kepada Gala Records (kini Warner Music Russia), sebuah studio rakaman, apabila mahkamah yang sama mengarahkan VK membayar $7000 kerana tidak cukup aktif berhubung dengan bahan yang mempunyai hak cipta. [12]
VK menawarkan alat penyingkiran kandungan untuk pemegang hak cipta. [13] [14] Pemegang hak cipta berskala besar mungkin mendapat akses kepada alat penyingkiran kandungan pukal. [15]
Sejak tahun 2010, VK juga telah menjalin beberapa perkongsian dengan penyedia kandungan sah seperti rangkaian televisyen. [16] dan pembekal penstriman. [17] Terutama sekali, penyedia Video on Demand IVI.ru yang telah memperoleh hak pelesenan dengan semua syarikat besar Hollywood pada tahun 2012. [18] Perkongsian ini membenarkan penyedia menyahsingkirkan kandungan yang dimuat naik pengguna VK. [19] Pada Oktober 2013, VKontakte telah dibersihkan daripada tuduhan pelanggaran hak cipta oleh mahkamah di Saint Petersburg . Hakim memutuskan bahawa rangkaian sosial itu tidak bertanggungjawab ke atas kandungan yang dimuat naik oleh penggunanya. [20]
Pada November 2014, ketua Perkhidmatan Persekutuan untuk Pengawasan Komunikasi, Teknologi Maklumat dan Media Massa, Maxim Ksenzov, berkata bahawa Vkontakte akan menyelesaikan proses pengesahan kandungan pada awal tahun 2015. Pada masa itu (November 2014), rundingan antara syarikat label utama dan rangkaian sosial Vkontakte sedang berjalan. [21]
Pada April 2014, Durov telah dipecat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif selepas beliau gagal menarik balik surat peletakan jawatan. Durov menegaskan bahawa surat peletakan jawatan itu adalah gurauan April fools . [22] Durov kemudian mendakwa sekutu Vladimir Putin telah mengambil alih syarikat itu, [22] [23] [24] dan mencadangkan penyingkirannya adalah akibat keengganannya untuk menyerahkan butiran peribadi pengguna kepada Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia dan keengganan untuk menutup kumpulan VK yang didedikasikan untuk aktivis anti-rasuah Alexei Navalny . [22] [23]
Pada 24 Mei 2013, telah dilaporkan dalam media bahawa laman web itu telah tersilap dimasukkan ke dalam senarai laman web yang diharamkan oleh kerajaan Rusia. [25] Beberapa pengkritik telah menuduh senarai hitam itu sebagai yang terbaru dalam beberapa siri insiden yang mencurigakan telah berlaku pada laman web dalam beberapa bulan kebelakangan ini sebagai cara untuk kerajaan Rusia meningkatkan kepentingan mereka, dan mengawal tapak tersebut. [26]
Pada 18 November 2013, berikutan perintah Mahkamah Rom, VK telah disekat di Itali selepas aduan daripada Medusa Film yang menyatakan bahawa ia menganjurkan salinan haram salah satu filemnya. [27] Walau bagaimanapun, pada April 2015, tapak itu dibuka semula untuk pengguna Itali dan aplikasi mudah alihnya tersedia di App Store dan Google Play .
Pada Januari 2016, China melarang VKontakte, mendakwa bahawa ia memanipulasi kandungan web dan bekerjasama dengan Kremlin. Menurut badan pemerhati media Rusia, rangkaian itu menganggarkan sekitar 300,000 pengguna yang berpangkalan di China. [28] Mulai 14 Februari 2018, pihak berkuasa China menyahsekat VKontakte dan ia boleh diakses sepenuhnya di negara itu. [29]
Pada Mei 2017, Presiden Ukraine Petro Poroshenko menandatangani dekri untuk mengenakan larangan ke atas Mail.ru dan rangkaian sosialnya yang digunakan secara meluas termasuk VKontakte dan Odnoklassniki sebagai sebahagian daripada sekatan berterusannya ke atas Rusia kerana konflik Crimea dan penglibatan dalam Perang di Donbas . [30] [31] [32] Wartawan Tanpa Sempadan mengutuk larangan itu, menyebutnya sebagai "langkah tidak seimbang yang secara serius menjejaskan hak rakyat Ukraine untuk mendapatkan maklumat dan kebebasan bersuara." [33] VK menutup pejabatnya di ibu negara Ukraine Kyiv pada Jun 2017.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.