Windows 7
From Wikipedia, the free encyclopedia
Windows 7 (asalnya dikenali dengan nama kod Blackcomb, dan kemudian Vienna) ialah versi terkini sistem pengendalian Microsoft Windows untuk kegunaan komputer peribadi, tak kira di rumah mahupun di pejabat, sama ada komputer meja, riba, netbook, tablet ataupun pusat media.[3][4] Windows 7 mula dikeluarkan kepada pengilang komputer pada 22 Julai 2009,[5] dan mula dijual kepada awam pada 22 Oktober 2009,[6] tidak sampai tiga tahun selepas keluaran versi terdahulunya Windows Vista. Versi sistem pengendalian untuk pelayan, Windows Server 2008 R2 dikeluarkan pada masa yang sama.
Pembangun | Microsoft |
---|---|
Keluarga OS | Microsoft Windows |
Model sumber | Sumber tertutup / Sumber kongsi |
Keluaran ke pembuatan | RTM: July 22, 2009 Runcit: 22 Oktober 2009 |
Keluaran terbaru | 6.1 (build 7600.16385.090713-1255[1]) / 22 Julai 2009 (2009-07-22)[2] |
Kaedah kemaskini | Windows Update |
Pelantar | IA-32, x86-64 |
Jenis Inti | Hibrid |
Lesen | MS-EULA |
Laman rasmi | Official website |
Status sokongan | |
| |
Rencana dalam siri | |
|
Berbeza dengan Vista yang memperkenalkan banyak ciri baru, Windows 7 dirancang supaya menjadi latar yang terfokus dan kecilan kepada barisan Windows, dengan matlamat keserasian penuh dengan perisian dan perkakasan yang sudah serasi dengan Windows Vista.[7] Pembentangan yang diberikan Microsoft pada 2008 memfokuskan pada sokongan multi-sentuhan, rekaan terkini Windows Shell dengan palang tugas baru, sistem perangkaian rumah dipanggil HomeGroup,[8] dan peningkatan prestasi. Beberapa aplikasi yang sudah diterapkan dalam versi lepas Microsoft Windows, termasuk Windows Calendar, Windows Mail, Windows Movie Maker dan Windows Photo Gallery, tidak akan dimasukkan dalam Windows 7;[9][10] sebaliknya sesetengahnya akan ditawarkan berasingan sebagai sebahagian daripada suit percuma Windows Live Essentials.[11]