WorldWideWeb
From Wikipedia, the free encyclopedia
WorldWideWeb (kemudiannya dinamakan kepada Nexus untuk mengelakkan kekeliruan di antara perisian dan jaringan sejagat) ialah pelayar sesawang[1] dan penyunting pertama.[2] Ia dihentikan pada tahun 1994. Pada waktu ia ditulis, WorldWideWeb merupakan pelayar sesawang tunggal yang wujud[1] dan juga penyunting HTML WYSIWYG.
WorldWideWeb | |
---|---|
Pembuat asal | Tim Berners-Lee |
Pembangun | Tim Berners-Lee untuk CERN |
Pelancaran pertama | 25 Disember 1990; 33 tahun yang lalu (1990-12-25)[1] |
Versi terkini/stabil | 0.17 (1994) |
Ditulis dalam | Objective-C[1] |
Sistem pengendalian | NeXTSTEP[1] |
Tersedia dalam | Bahasa Inggeris |
Jenis | Perisian bebas, pelayar web, HTML editor |
Genre | Pelayar sesawang, alat pengarangan web |
Lesen | Perisian domain awam |
Pautan berkaitan | |
Tapak web | www |
Repositori | |
sunting · sunting di Wikidata |
Kod sumber WorldWideWeb dilepaskan sebagai domain awam pada 30 April 1993.[3][4] Beberapa kod masih lagi disimpan di komputer NeXT milik Tim Berners-Lee di muzium CERN dan ia tidak dipulihkan kerana status komputer sebagai artifak bersejarah. Bertepatan dengan ulang tahun ke-20 pusat penyelidikan yang memberikan web kepada dunia, satu projek bermula pada 2013 di CERN untuk memelihara perkakasan dan perisian asal tersebut yang mempunyai kaitan dengan kelahiran web.[5]