Xavier Espot Zamora
From Wikipedia, the free encyclopedia
Xavier Espot Zamora (lahir 30 Oktober 1979, Escaldes-Engordany) ialah seorang ahli politik Andorra. Beliau ialah bekas menteri keadilan[1] dan sekarang perdana menteri Andorra sejak 16 Meo 2019.[2]
Xavier Espot Zamora | |
---|---|
Perdana Menteri Andorra | |
Memegang jawatan 16 Mei 2019 | |
Raja | Putera Bersama Keusukupan: Joan Enric Vives Sicília Putera Bersama Perancis: Emmanuel Macron |
Wakil | Keuskupan: Josep Maria Mauri Perancis: Patrick Strzoda |
Didahului oleh | Antoni Martí |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1979-10-30) 30 Oktober 1979 (umur 44) Escaldes-Engordany, Andorra |
Parti politik | Demokrat untuk Andorra |
Di bawah kerajaan Antoni Martí, antara 25 Julai 2012 dan 28 Februari 2019 beliau merupakan menteri hal ehwal sosial, keadilan dan pedalaman, menggantikan Rosa Ferrer Obiols.[3] Beliau turun jawatan pada 29 Februari 2019 sebagai Menteri untuk menyediakan pencalonannya untuk perdana menteri dalam pilihan raya umum 2019.[4]
Zamora memiliki ijazah dan sarjana dalam Undang-undang dari Fakulti Sekolah Atasan Pentadbiran dan Pengurusan Perniagaan (ESADE). Tambahan pula, beliau juga memiliki ijazah dalam Kemanusiaan dari Fakulti Falsafah Universiti Ramon Llull di Barcelona.[3]