Zealandia
benua / From Wikipedia, the free encyclopedia
Zealandia (dalam bahasa Māori: Te Riu-a-Māuicode: mi is deprecated "Lembah/Badan Perahu Māui")[1] atau Tasmantis[2][3] adalah suatu daratan besar berupa benua[4] yang separa tenggelam berikutan pemisahan kerak benua dari Gondwana antara 83–79 juta tahun yang lalu.[5] Sebahagian besar daratan ini (94%) tenggelam di bawah Lautan Pasifik[6] manakala yang selebihnya membentuk pulau-pulau New Zealand yang terbesar diikuti oleh Nouvelle-Caledonie.
Kefahaman mengenai daratan ini mula diusulkan oleh saintis Amerika Syarikat Bruce Luyendyk pada tahun 1995, [7] pengimejan satelit yang berikutan menunjukkan daratan diusulkan ini kelihatan hampir seukuran Australia. [8] Kajian pada tahun 2021 menunjukkan bahawa daratan tua ini berusia 1 bilion tahun yakni kira-kira dua kali lebih awal daripada yang difikirkan oleh ahli geologi sebelumnya. [9]