100
Tahun From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
100 merupakan tahun lompat yang bermula pada hari Rabu dalam kalendar Gregory.
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 100. Bagi kegunaan lain, sila lihat 100 (nombor).
Peristiwa
Mengikut tempat
Asia
Amerika
- Budaya Hopewell bermula di kawasan yang merupakan Ohio masa kini pada sekitar tahun ini.
- Kota Teotihuacan di pusat Mexico mencapai 50,000 orang jumlah penduduknya.
- Peradaban Moche muncul dan mula membentuk sebuah masyarakat yang maju di kawasan yang merupakan Peru masa kini.
Empayar Rom
- Pliny si Lebih Muda naik pangkat menjadi konsul.
- Keakhiran pemerintahan Tiberius Avidius Quietus sebagai gabenor Britain Rom.
- Kota Timgad (Thamugas) diasaskan oleh Maharaja Trajan.
- Trajan mencipta sebuah dasar yang bertujuan untuk memulihkan keunggulan lampau ekonomi Itali .
- Saiz tentera Rom mencapai 300,000 orang askar.
- Bata menjadi bahan pembinaan yang utama di Empayar Rom.
Eropah
Mengikut topik
Seni dan Sains
- Di China, kereta sorong muncul buat pertama kali.
Agama
- Kuil Dewa Perubatan dibina di Anguo, China.
- Majlis Buddhisme Keempat diadakan pada sekitar tahun ini.
- Kemunculan dogma dan formula prinsip moral Kristian yang pertama.
- Penyusunan karya Kama sutra bermula di India.
Remove ads
Kelahiran
- Marcus Cornelius Fronto, ahli nahu, ahli retorik, dan peguambela Rom (tarikh anggaran)
- Justin Martyr, pembela agama Kristian (tarikh anggaran)
Kematian
- Josephus, ahli sejarah Yahudi
- Agrippa II dari Judea
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan 100 |
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads