Bata

From Wikipedia, the free encyclopedia

Bata
Remove ads

Bata adalah perusahaan membuat kasut yang berasal dari Zlin, Republik Czech tetapi kini ibu pejabatnya terletak di Lausanne, Switzerland.Operasi syarikat Bata terbahagi kepada 3 unit iaitu Bata Metro Markets, Bata Emerging Markets and Bata Branded Business. Perniagaannya meluas ke seluruh dunia termasuk di Malaysia dan Indonesia. Rangkaian jualannya terdapat di 50 negara dan kilangnya terdapat di 26 negara.

Fakta Segera Dinamakan sempena, Jenis/bentuk sah ...
Thumb
Bata di Semarang , Indonesia
Remove ads

Sejarah

Ditubuhkan pada 1894 melalui nama &. & A. oleh adik-beradik Tomáš, Anna and Antonín Baťa - generasi ke-lapan keluarga pembuat kasut di luar bandar Ziin, Republik Czech. Pada 1899, kedai kasut Bata pertama di buka di Ziin, Republik Czech. Pengeluaran meningkat kepada 2,200 pasang kasut pada tahun 1905, menjadikan Bata syarikat kasut terbesar di Eropah.

Pada tahun 1912, seramai 600 orang pekerja sepenuh masa digaji oleh Bata. Kasut wanita mula dikeluarkan pada tahun 1919. Kasut lelaki dikenali sebagai Shimmi dikeluarkan pada 1923.

Pada tahun 1938, Bata telah berada lebih di 30 buah negara, melalui 5300 buah kedai di Eropah, Asia dan Amerika Utara dengan penjualan kasut sebanyak 60 juta pasang setahun.

Dalam pilihan raya umum Malaysia 2018, kemenangan Pakatan Harapan menyaksikan Mahathir Mohamad kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia. Tidak lama selepas itu, jenama Bata mendapat perhatian apabila selipar keluarannya yang berharga sekitar RM12 dipakai oleh Mahathir, sekali gus mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen di media sosial. Gambar beliau berkaki ayam dengan selipar Bata di sisi turut tular di internet, menjadikan selipar tersebut seakan ikon gaya sederhana Perdana Menteri pada ketika itu.[1]

Remove ads

Jenama

Antara jenama kasut yang dikeluarkan oleh Bata.

  • Bata
  • Bata Comfit
  • Bata Red Label
  • Power
  • North Star
  • Bubble Gummers
  • Weinbrenner
  • AW Lab
  • Bata Industrials
  • Sandak or Toughees

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads