Asid 3-fosfogliserik

From Wikipedia, the free encyclopedia

Asid 3-fosfogliserik
Remove ads

Asid 3-fosfogliserik (3PG, 3-PGA atau PGA) ialah asid konjugat bagi 3-fosfogliserat atau gliserat 3-fosfat (GP atau G3P)[1] yang menjadi molekul perantara metabolisme utama biokimia dalam kedua-dua glikolisis dan kitaran Calvin. Anionnya sering disebut sebagai PGA apabila merujuk kepada kitaran Calvin. Dalam kitaran Calvin, 3-fosfogliserat lazimnya merupakan hasil pemotongan spontan perantaraan 6-karbon yang tidak stabil yang terbentuk apabila penetapan CO2. Oleh itu, dua 3-fosfogliserat molekul setara dihasilkan bagi setiap molekul CO2 yang ditetapkan.[2][3][4] Dalam glikolisis, 3-fosfogliserat menjadi molekul perantara berikutan penyahfosforilan (penurunan) 1,3-bisfosfogliserat.[4] :14

Fakta Segera Nama, Pengecam ...
Remove ads
Remove ads

Glikolisis

Dalam laluan glikolisis, 1,3-bifosfogliserat dinyahfosforilasi untuk membentuk asid 3-fosfogliserik dalam tindak balas bergandingan untuk menghasilkan dua ATP melalui pemfosforilan peringkat substrat.[5] Kumpulan fosfat tunggal yang tertinggal di molekul 3-PGA kemudian bergerak dari karbon hujung ke karbon pusat lalu menghasilkan 2-fosfogliserat.[5][a] Penempatan semula kumpulan fosfat ini dimangkinkan oleh fosfogliserat mutase, enzim yang turut memangkinkan tindak balas berlawanan.[6]

Remove ads

Kitaran Calvin

Dalam tindak balas bebas cahaya (juga dikenali sebagai kitaran Calvin), dua molekul 3-fosfogliserat disintesis. RuBP, gula 5 atom karbon mengalami penetapan karbon yang dimangkinkan enzim RuBisCO untuk menjadi molekul perantara 6 atom karbon yang tidak stabil. Perantara ini kemudiannya pecah kepada dua molekul 3-PGA 3 atom karbon berasingan.[7] Salah satu molekul 3-PGA yang terhasil diteruskan melalui kitaran Calvin untuk dijana semula menjadi RuBP manakala satu lagi diturunkan untuk membentuk satu molekul gliseraldehid 3-fosfat (G3P) dalam dua langkah: pemfosforilan 3-PGA menjadi asid 1,3-bisfosfogliserik melalui enzim fosfogliserat kinase (tindak balas terbalik dengan yang ada dalam glikolisis) dan pemangkinan seterusnya oleh gliseraldehid 3-fosfat dehidrogenase kepada G3P.[8][9][10] G3P akhirnya bertindak balas untuk membentuk gula seperti glukosa atau fruktosa atau kanji yang lebih kompleks.[4] :156[8][9]

Remove ads

Sintesis asid amino

Gliserat 3-fosfat (terbentuk daripada 3-fosfogliserat) juga merupakan pelopor asid amino serina, dan kemudian boleh menghasilkan sisteina dan glisina melalui kitaran homosisteina.[11][12][13]

Pengukuran

3-fosfogliserat boleh diasingkan dan diukur menggunakan kromatografi kertas[14] serta kromatografi lajur, antara alain.[15] Ia boleh dikenal pasti menggunakan gas kromatografi serta spektrometri jisim kromatografi cecair, dan telah dioptimumkan bagi tujuan penilaian menggunakan teknik MS tandem.[1][16][17]

Nota

  1. Ambil perhatian bahawa 3- dan 2-fosfogliserat merupakan pasangan isomer.

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads