AGM-88 HARM
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
AGM-88 HARM (Bahasa Inggeris: High-speed Anti Radiation Missile) (HARM) merupakan sebuah peluru berpandu udara ke permukaan taktikal yang direka untuk menuju ke transmisi elektronik yang datang daripada sistem radar permukaan ke udara. Asalnya, AGM-88 dibangunkan oleh Texas Instruments (TI) bagi mengantikan peluru berpandu AGM-45 Shrike dan AGM-78 Standard ARM. Pengeluarannya kemudian telah diambil alih Raytheon Corporation (RAYCO) apabila Raytheon membeli perniagaan pertahanan daripada Texas Instruments.
Remove ads
Kelainan

Versi terkini AGM-88 adalah AGM-88E Advanced Anti Radiation Guided Missile (AARGM), yang mana merupakan satu usahasama di antara Kementerian Pertahanan Itali dengan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.
Versi AARGM akan memiliki ciri-ciri berikut; perisian terkini, keupayaan dipertingkatkan yang bertujuan untuk melawan penutupan radar, radar pasif dan pencari gelombang milimeter aktif.
Lihat juga
- Peluru berpandu anti radar
- AGM-154 Joint Standoff Weapon
- Peluru berpandu
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads